Saturday, September 29, 2012

Nasi Kandar Line Clear yang overrated

Alang-alang sampai ke Pulau Pinang, Orang Rumah Bapak teringin makan nasi kandar Line Clear yang terkenal itu.
Bapak pula boleh layan kehendak Orang Rumah Bapak sedangkan restoran nasi kandar Vanggey yang letaknya lebih kurang 10 langkah je dari pejabat pun, Bapak boleh pandang sebelah mata je selama ini...

Kesukaan Orang Rumah Bapak kepada nasi kandar tak payah dihairankan. Kalau ikut kajian sejarah, susur galur beliau ada kena mengena dengan Jawi Peranakan..heheh..

Bapak punya nak tahu juga apa yang bestnya nasi kandar Line Clear yang katanya terletak di tengah-tengah dua deretan bangunan kedai tu...
 
Tapi nak cari kedai nasi kandar tersebut yang terletak di Jalan Penang bukan mudah bagi Bapak.

Bergantung kepada Google Maps pun tak boleh harap, akhirnya minta tolong rakan sekerja Bapak merangkap kawan baik Orang Rumah Bapak, Liza yang sememangnya anak jati Pulau Pinang jadi jurupandu arah menerusi panggilan telefon.
Akhirnya jumpa juga kedai nasi kandar tersebut, tempat letak kereta tak susah sebab ada betul-betul di seberang jalan Line Clear (tapi sejam caj RM4 lah...)

Orang Rumah Bapak minta nasi putih separuh dengan lauk sotong kari, kena caj RM6.20. Bapak pula pesan standard nasi putih, ayam goreng dengan kuah campur, cajnya RM7.20.

Sebab kami tahu kuah kari nasi kandar Line Clear agak pedas, untuk Khalish dan Ilhan pula kami pesan nasi beriani kosong dengan ayam goreng dipecah kepada dua pinggan dengan harga RM5.50.

Bagi Bapak walaupun harga agak tinggi sikit dari Vanggey tapi berpatutan kerana saiz hidangan sepinggan dan ayam agak besar sesuai dengan nilainya.

Sambil mengunyah papadom, Bapak menikmati nasi kandar Line Clear. Bagi tekak Bapak, campur tolak ia tak berapa lari dengan rasa nasi kandar Vanggey walaupun teknik kuah campurnya rasanya lebih baik.

Adakah selepas ini Bapak akan menjadi peminat setia nasi kandar Line Clear? Kalau nasi kandar Vanggey yang orang gelar nasi ganja itu pun Bapak tak ketagih langsung, apatah lagi Line Clear..heheh...

8 comments:

  1. Salam Bapak,
    Akak pun sebelum nie tak tau pun apa actually nasi kandar tu ! So bila pegi Penang, kawan suggest makan kat Nasi Kandar Line Clear barulah tau yang ianya nasi putih + lauk pilihan + kari campur. Tapi portionnya agak besar ... mmg berbaloi! Boleh kongsi makan 2 orang !

    ReplyDelete
    Replies

    1. Orang Rumah Bapak dulu pun ingat nasi kandar tu nasi beriani berlauk..hehehe..

      Delete
  2. Tak tanya kenapa dinamakan Line Clear?

    ReplyDelete
    Replies

    1. teringat Bapak ada satu versi pasal asal-usul Line Clear tu, memang tak selera makan kalau dikenang..hehehh

      Delete
  3. Nak tau juga versi yg bapak mention tu? cerita lah...

    ReplyDelete
    Replies

    1. elok Kak Hani baca http://ozzy2u.blogspot.com/2011/05/nasi-kandar-line-clear.html

      Delete
  4. kita start belajar makan nasi kandar masa ada projek kerja kat penang tahun 2005/2006... tapi masa tu JD/kontraktor yg belanja bukan kat Line Clear atau Vanggey... tapi punya la sedap makan... sampai sekarang kita suka...
    tapi tak la ketagih... cuma sesekali teringin... cari la... kat KL ni yg popular Ibramsha dgn Yasin... dua tempat ni mmg saya suka... nasi + kuah campur + ayam masak hitam + bendi celur/sayur kobis + cili potong = terbaekkk... sampai esok pagi pun bau kari masih lekat kat jari... hehehee

    ReplyDelete