Thursday, July 5, 2012

Mandi-manda di Ulu Chepor

Alhamdulillah kami sekeluarga baru sembuh dari batuk-batuk dan selesema. Banjaran Kledang yang sejak akhir-akhir seakan-akan hilang dari penglihatan dek jerebu mula gah kembali hari ini.

Oleh kerana cuaca semakin baik, kami mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti luar. Destinasi dipilih ialah pusat perkelahan Ulu Chepor, kira-kira 5 kilometer dari rumah kami.

Ini kunjung kedua bagi Khalish dan Ilhan.Mereka berdua yang suka berendam di dalam air punyalahsuka. Tersengih-sengih tak sabar sambil meminta Bapak mengepam semula pelampung mereka yang sudah lembik anginnya.

Pusat perkelahan Ulu Chepor diuruskan oleh JKKK Ulu Chepor dan kemudahannya disediakan MBI. Selain kemudahan asas, beberapa pondok kecil turut didirikan di tebing sungai bagi aktiviti kekeluargaan termasuk BBQ.

Sebenarnya caj RM2 dikenakan untuk sebuah kereta yang memasuki Ulu Chepor tapi secara jujur Bapak tak pernah dikenakan bayaran. Setiap kali memasuki pusat perkelahan ini, anggota JKKK yang sepatutnya bertugas tak pernah kelihatan.
Setelah memilih pondok dan lubuk yang sesuai dan redup mata memandang kerana dikeliling pokok menghijau dan batu-batu sungai yang tersusun berseni, kami mula bermandi-manda. Walaupun waktu itu sudah pukul 11 pagi, air Sungai Chepor masih amat sejuk  hingga mampu seakan-akan menggigit kaki. 


Sambil diajar asas berenang yang makin tumpul, Khalish dan Ilhan seronok berendam dengan pelampung masing-masing. Lama-lama dua beradik tu menggigil kesejukan. Khalish berehat di atas batu besar tapi Ilhan terus gigih berenang.
Orang kata kalau rajin mendaki dan menjelajah ke dalam hutan Ulu Chepor, kita akan jumpa lubuk spa yang lebih cantik dan menarik untuk mandi-manda.


Cuma kebersihan tandas di pusat perkelahan ini boleh dikritik.Tak hairan tak terjaga kerana tukang jaganya pun tah ke mana...




6 comments:

  1. best nyaaa...
    kita dah lama tak mandi berkelah kat air terjun... :(

    ReplyDelete
  2. Da lma x dtg cni..mmg best..cuma toilet je lah..mmg diakui x terjaga kebersihannye

    ReplyDelete
  3. jgn kata budak kecik2 cam ilhan n khalish je jakun jumpa air.. klu cikdah pon sama.. air sungai la tapi nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Rumah Bapak pulak x hairan pantai sebab rumahnya berdepan dengan pantai tapi kalau sungai..heheeh

      Delete