Sunday, May 20, 2012

Nasi Padang Seri Garuda Emas

Sejak Orang Rumah Bapak berkawan dengan geng-geng kek dan roti ni, beliau tahu je kedai menjual peralatan dan bahan mentah membuat kek dan roti. Salah satunya Bake with Yen di Lorong Haji Taib 1,Kuala Lumpur.
Tapi sebelum sampai ke sana, kami singgah dulu makan tengah hari di Restoran Grand Seri Garuda Emas di Jalan Raja Alang. Kebetulan jumpa semasa berlegar-legar mencari tempat letak kereta.

Restoran ini memang pure nasi padang. Pekerjanya semua dari Indonesia. Duduk sahaja kami setelah diambil pesanan air, hampir berpuluh-puluh piring lauk diletakkan memenuhi meja makan kami.

Bapak memberi isyarat kepada Orang Rumah Bapak untuk memilih lauk yang berkenan di hati sahaja, yang selebihnya diketepikan.

Dengan perut dua dewasa dan dua kanak-kanak berumur bawah tiga tahun, mana mungkin semua lauk itu hendak dihabiskan. Nanti tak pasal-pasal semuanya di caj walaupun sekadar dicubit-cubitnya lauknya dan lebih malang lagi tak terusik.
Orang Rumah Bapak memang geli sikit nak jamah masak lemak urat lembu kesukaan Bapak tapi kali ini berselera pula beliau.

Lepas selesai semua urusan di restoran itu baru kami ke kedai Bake With Yen. Tak susah sangat mencarinya; berhampiran dengan Plaza GM. Memang agak murah barangan yang di jual di situ berbanding dengan Ipoh.
Cuma pemandangan di hadapan kedai itu kurang seronok dan sesuai terutama untuk Khalish dan Ilhan. Beberapa golongan LGBT yang diragui status jantinanya begitu komited bersidai di kaki lima hotel murah untuk menunggu pelanggan pada tengah hari buta yang terik tersebut...

4 comments:

  1. kat Ipoh polular dengan istilah ' ipoh mali '. agaknya sebab murah juga...

    ReplyDelete
  2. Dear blogger and all member, and customer , thanks for coming to grand seri garuda emas, terimakaseh karna dtg ke restaurant kami, kami alu alukan kedatangan and comment 2 baik positve or negative, kami terima ngan terbuka dan kami akan updated semua yang baek, terimakaseh, bila ade sesiapa nak berkongsi pengalaman kat restaurant garuda, bleh hub sy MD TAN OSMAN 6019622222 or email tan3739@gmail.com
    thanks...sy alu alu kan pemilik bogger tu dtg ke restaurant kami, terimakaseh



    ReplyDelete