Friday, May 18, 2012

Khalish sudah tiga tahun

Alhamdulillah permata sulung kami, Khalish genap tiga tahun pada  12 Mei lalu.

Bagai cepat masa berlalu, dia yang dulu tapak kakinya cuma dua jari sudah semakin membesar. Semakin keletah bercakap dan mempelajari perbendaharaan kata baru hampir setiap hari.

Rutinnya setiap hari selain bermain dan menyepah rumah (berganding bahu dengan Ilhan), Khalish suka menonton kartun Upin Ipin, Boboiboy dan Mr. Bean tanpa jemu.

Waktu senggang digunakan untuk mengajar dia mengenal huruf rumi dan jawi, nombor dan Iqra serta membaca buku cerita.

Pada hari ulang tahunnya yang ketiga, pagi-pagi lagi Orang Rumah Bapak pergi ke kelas dekorasi kek. Selain belajar kemahiran baru, kek yang siap dideko nanti itulah kek hari lahir Khalish.
Selain menunggu beberapa jam, Orang Rumah Bapak pun pulang membawa kek hari lahir itu bersama enam kek cawan. Satu daripada dihias dengan gambar Boboiboy. Tanpa disuruh, Khalish membuat posing seolah-olah sedang meniup lilin kek tapi sebenarnya lilin tu tak wujudpun..heheh...

Sebelah malamnya, Khalish di bawa untuk menikmati makanan kesukaannya, Kenny Rogers Roasters. Ilhan pun tumpang sekaki..

Oleh kerana laptop lama sudah rosak, kami membelikan baru untuk Khalish. Mula-mula nak belikan permainan sama untuk Ilhan (yelah, setiap seorang satu, kalau tak berebut..kebetulan laptop dia pun dah rosak) tapi dia lebih kehendakkan sebiji bola. Dipegangnya bola itu kuat-kuat tak mahu lepas walaupun dipujuk terima laptop...
Khalish, semoga membesar sebagai insan yang tahu membezakan antara hak dan bathil. Memang menjadi anak sulung tidak mudah... Semoga ayah dan ibu terus diberi kekuatan untuk membimbingmu menyerlahkan potensi diri dan menjadi insan yang tidak pernah lupa tanggungjawab sebagai hamba Allah dan sesama insan,

8 comments:

  1. Happy Belated Birthday Khalish..

    Darwisy bulan 10 ni cukup tiga tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. yelah, Khalish & Darwisy beza 5 bulan je.

      Delete
  2. kejap je dah besar anak bapak ni kn kan...moga membesar jadi anak yang soleh...

    happy belated birthday khalish.....

    ReplyDelete
  3. anak bapak, moga jadi anak yang soleh dan berbudi dengan ibu bapa.. bila dah besar kelak..(^_^)

    ReplyDelete
  4. Hepi besdey khalish,
    Cepatnya anak2 membesar..

    ReplyDelete