Saturday, February 11, 2012

Kerana daun selasih, Bapak turutkan...

Orang Rumah Bapak tiba-tiba beriya nak buat kari hijau. Beliau pesan Bapak cari daun selasih di pasar. Agaknya daun selasih tu antara ramuan nak buat kari hijau kot (Bapak tahu makan je..heheh)

Bapak ni mana kenal daun selasih, biji selasih kenallah. Itupun selalu minum dengan sirap pada bulan Ramadan.

Berpusinglah Bapak di Pasar Besar Ipoh mencari daun selasih. Akhirnya berkat rajin bertanya, Bapak jumpa juga daun selasih di sebuah gerai sayur-sayuran seorang nyonya.

Bagi Bapak, daun selasih mengeluarkan aroma yang amat menenangkan jiwa. Selain ramuan dalam beberapa sajian makanan, ia juga merupakan ulam-ulaman.
Tentang kari hijau daging yang Orang Rumah Bapak masak tu, memang terangkat. Apatah lagi turut dimasukkan rebung madu, berpeluh-peluh Bapak menikmatinya..heheh...mungkin sebab rempah kari hijau tu Orang Rumah Bapak kisar sendiri, bukan yang telah siap dibeli di pasar raya..

Info daun selasih
-----------------------
Nama botani : Ocimum Sanctum
Nama lain : Kemangi
-dikatakan boleh merawat penyakit kulit, batuk, selesema, telinga, cirit-birit, batu karang, bau mulut dan badan, kepala, kembung perut dikalangan bayi dan gastrik serta demam.
- membantu ibu menambah susu badan.
- sebagai daun teh di India dan beberapa negara Afrika.
- pati daun selasih dijadikan minyak aromaterapi dan bahan campuran sabun, minyak wangi dan losyen.
- bau daun selasih dikatakan mampu menghalau nyamuk.


8 comments:

  1. laki kalo tak tau pasal sayur tu bese la

    - Jom join contest kisah cinta terhangat http://akuadam.com/2012/02/contest-kisah-cinta-terhangat-d/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak biasa pergi pasar tiap2 minggu tapi banyak lagi sayur yg x kenal

      Delete
  2. Nampak sedap tu kari hijau..saya yg tengok pon terasa berpeluh sama hehe

    ReplyDelete
  3. boleh buat ulam tu.. alahai, suami mithali ni, sanggup redah cari merata-rata. tabik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x dapat daun selasih, x merasalah Bapak kari hijau tu kak...heheh

      Delete
  4. kita daun selasih tak kenal.
    bay leaf kenal la.
    hahaha.poyo kan..bajet matsaleh

    ReplyDelete
  5. Bapak dulu ingat bay leaf ngan daun salam tu lain..heheh

    ReplyDelete