Monday, February 13, 2012

Atuk sudah tiada...

"Siapa malu, perut berlubang."

Itu gurauan atuk hampir setiap kali di meja makan terutama ketika Bapak masih baru menjadi sebahagian ahli keluarga Orang Rumah Bapak.

Gurauan itu bertujuan agar Bapak tidak segan menjamu selera dan tak cukup syarat katanya, kalau makan tidak bertambah.

Bagi Bapak, bertambah makan tak jadi hal tapi kalau macam paksa rela kena makan sampai dua, tiga pinggan senak juga...hehehe...
 Namun semua gurauan itu tinggal kenangan apabila atuk kembali menemui Penciptanya awal pagi tadi.
Berita sedih yang diterima pukul 3.30 pagi itu Bapak terima dengan redha kerana emosi dan mental ini sudah bersedia...

Apabila Orang Rumah Bapak memberitahu pada pukul 2 petang, tahap kesihatan atuk, separuh badan dari paras kaki sejuk, kesudahan sudah dijangka.

Cuma pesanan surah Yasin dititipkan....

Hati agak tersentuh jua apabila pada sebelah pagi Khalish secara rutin mencuit tangan mengejutkan moyang dari tidur.
 Khalish, moyang sudah tidur selama-lananya...dia terlalu mentah untuk memahami erti kehilangan..

Atuk, terima kasih kasih-sayang yang telah dicurah dan membina asas kukuh kepada keluarga ini.
Sesungguhnya kasih-sayang terhadap atuk akan putus, kami sambung dengan titipan doa memohon ehsan Allah...

2 comments: