Thursday, December 1, 2011

Zoo Melaka

Cuti kali ini dimanfaat dengan membawa Khalish dan Ilhan ke Zoo Melaka. Ikut serta dua adik ipar Bapak, Azam dan Umai.

Tiket masuk Zoo Melaka cuma RM7 bagi dewasa, lebih murah daripada Zoo Taiping yang mengenakan caj RM12. Khalish dan Ilhan yang belum cukup umur, kemasukannya percuma.

Khalish dan Ilhan teruja sebab kali pertama melawat Zoo Melaka. Sebelum ini Khalish pernah ke Zoo Taiping manakala bagi Ilhan, ia zoo pertama yang dikunjunginya.
Masuk-masuk sahaja kami disambut dengan buaya kerdil kemudian burung kakak tua yang sudah dipatahkan sayapnya.

Satu demi satu haiwan diziarahi seperti badak sumbu, burung merak, tapir, ungka, zirafah, kuda belang, harimau, gajah dan lain-lain.

Namun yang paling menarik perhatian seekor kuda padi. Tengok sendiri fotonya untuk tahu yang 'menarik perhatian itu'..hehhe...
Cuma yang Bapak perhatikan kandang haiwan di Zoo Melaka ini agak terlalu besar berbanding kapasiti haiwan yang berada di dalamnya. Contohnya, cuma seekor tenuk menghuni kandang yang besarnya lebih seekar.

Berbanding Zoo Taiping, Zoo Melaka mempunyai galeri yang menempatkan haiwan yang sudah diawet. Ilhan memberanikan diri bergambar di sebelah seekor ular yang sudah diawet.
Namun dipertengahan jalan menjelajah zoo terbabit, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Terpaksa kami berlindung beramai-ramai bersama sebahagian pengunjung lain di pondok rehat.
Lama juga hujan tak reda hingga sebabkan Ilhan tak selesa. Mahu tak mahu baju Ilhan ditanggal dan dia terus perjalanan dengan melengging selepas itu.

14 comments:

  1. tumpang komen ye bapak..tiket zoo mlaka masih RM7 ke.saya pernah k zoo melaka 7 tahun lepas dengan harga tiket yang sama.saya ingat tiket masuk dh naik..ok la kalau cmtu..sedangkan tiket zoo taiping pn RM12.

    ReplyDelete
  2. bestnya...
    lama xpergi zoo
    kali terakhir pergi zoo nih masa tahun 2007

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/12/review-filem-ombak-rindu.html

    ReplyDelete
  3. pernah ke zoo melaka sekali saja..kalau zoo taiping tu dah selalu sgt sebab dekat dengan kampung hubby.

    ReplyDelete
  4. lama xpergi zoo..mybe abah ingat anak2 dia dh besar msti xminat nak cuci mata kat zoo..hahahah.. ilhan seksi huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. waaa best nye diorang pergi zoo.

    ain da lame tak ziarah zoo. hehe.

    jalan memanjang bapak ni. :D

    ReplyDelete
  6. Nik,

    Ilhan memang dalam dunia dia je..heheh

    ReplyDelete
  7. Hans,

    pergi zoo sekali-sekala. cool aper? heheh..

    ReplyDelete
  8. Kak Liza,

    dua-dua zoo saya dah pergi..heheh

    ReplyDelete
  9. Cik Jingga,

    kita perlu menjadi generasi yang cintakan haiwan..hehe

    ReplyDelete
  10. Ain,

    x jugak, susah gak dapat cuti. Sesekali dapat cuti panjanglah langkahnye..hehe

    ReplyDelete
  11. untung la asal cuti je panjg langkah. heheh

    abah ain cuti pun tang tu jugak. huhu

    ReplyDelete
  12. Ain,

    Ain, kasi klu sikit2 kt abah tu..heheh

    ReplyDelete