Wednesday, November 30, 2011

Menjamah lidah

Aidiladha lalu, keluarga Orang Rumah Bapak melakukan ibadah korban. Kami tidak dapat pulang ke kampung kerana Bapak perlu bertugas pada hari kebesaran tersebut.

Bapak sekeluarga cuma dapat balik ke kampung selepas tiga minggu Aidiladha berakhir; menjelang 1 Muharam. Sudah rezeki kami, masih ada 3 bungkus lagi daging korban di dalam peti ais.

Bungkusan pertama berisi daging, bungkusan kedua berisi ekor dan apabila bungkusan ketiga dibuka, air muka Orang Rumah Bapak berubah sebab ia berisi lidah lembu.
Rupa-rupanya semua di dalam rumah termasuk ayah mertua, mak mertua, nenek dan atuk tak pernah makan lidah lembu. Bapak pernah...

Bapak teringat masa berada di asrama dulu. Setiap minggu setiap kali menu daging masak kicap dihidangkan, Bapak dapati ada beberapa ketulan daging yang agak pelik. Testurnya kenyal dan kadang kala bagai menggerutu.

Setelah dikaji, siasat termasuk interviu tukang masak, baru Bapak tahu selain daging, lidah lembu turut dimasukkan di dalam menu tersebut. Tak pasti pulak apa tujuannya...

Apabila Bapak cadang agar lidah lembu itu dimasak kicap, Orang Rumah Bapak buat muka pelik, katanya tak lalu nak makan, Mak Mertua pula siap hubungi Pak Andak (keluarga Pak Andak, kulit lembu pun diorang buat masak lemak..) untuk dapatkan khidmat nasihat..heheh..
Sudahnya Bapaklah yang proses lidah itu.Mula-mula rebus kemudian siat kulit lidah sebelum hiris nipis-nipis.

Sedikit dibakar dan lebihnya dimasak kicap seperti dirancang. Dapatlah semangkuk lidah masak kicap itu.
Bapak kasi nenek rasa, Orang Rumah Bapak pun menjamah sama. Sebelah makan, semasa makan malam Bapak lihat lidah masak kicap itu tinggal dua ketul sahaja. Dalam-dalam tak sanggup nak makan tu, licin juga..heheh

12 comments:

  1. cik panadol,

    dah agak dah...heheh

    ReplyDelete
  2. hehehe... kalau Maria... dah kata tak makan... mmg tak makan la jadinya... hehehe...

    *mak mertua pernah buat gulai otak... masa senduk kuah ingatkan telur ikan... pastu nampak pelik... bila tanya... mak mertua kata otak lembu... terus tak jadi ambik... walaupun kuah dia... hihihi

    ReplyDelete
  3. erk lidah lembu?
    tak lalu nak makan.

    ReplyDelete
  4. Maria,

    kalau Bapak jadi mak mertua Maria, kasi makan dulu baru bagitau..heheh

    ReplyDelete
  5. x pernah lagi makan lidah ni.. erkk.. tak pernah terfikir pun.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Lea,

    belum cuba belum tahu...heheh

    ReplyDelete
  7. Aishah,

    rasanya lebih kurang ngan daging,cuma lebih kenyal

    ReplyDelete
  8. Aku tak makan lidah..aku sedut jer..

    ReplyDelete
  9. Bapak, buat macam kerabu perut pun sedap.

    Bila dah tak nampak rupa lidah, rasa pulak sedap, semua org suka...hehe

    ReplyDelete
  10. Daddy,

    hang ni...Rayyan nak dpt adik ka? hehhe

    ReplyDelete