Tuesday, November 1, 2011

Ilhan genap setahun

Khamis lepas (27 Oktober) genap Ilhan setahun. Makin lasak sesuai dengan maksud Amsyar yang merupakan sebahagian namanya...
Sepatutnya kami bercadang menyambut ulang tahun pertama Ilhan di rumah orang tua Bapak di Petaling Jaya. Kebetulan ulang tahun kelahiran adik bongsu Bapak, Mira selang sehari daripada Ilhan.

Namun ia terpaksa dibatalkan saat-saat akhir biarpun cuti tahun sudah diambil. Bapak ada tugasan luar negara, tak jauh mana di Songkhla, Thailand sahaja selama 3 hari bermula 28 Oktober.

Akhirnya sambutan ulang tahun pertama kelahiran Ilhan dilakukan secara kecil-kecilan sahaja. Serba-salah juga Ilhan terpaksa menunggu Bapak yang perlu menghadiri mesyuarat persiapan terakhir delegasi sebelum boleh memotong kek.
Oleh kerana bayi setahun seperti Ilhan tidak digalakkan makan terlalu banyak telur, Orang Rumah Bapak memilih untuk membuat kek Super Moist Choc Eggless Cake yang dihias mengikut citarasa Ilhan.

Malamnya kami membawa Ilhan makan di Kenny Rogers Roasters. Ilhan sekarang kadang-kadang mahu makan sendiri, tak mahu bersuap.
Sebelum itu disebelah pagi, seperti kelaziman Ilhan dibawa ke klinik desa untuk menjalani suntikan imunisasi untuk bayi yang berumur setahun.

Belum kena suntikan, sudah melalak. Seperti biasa, Khalish yang lebih-lebih. Nama Ilhan yang dipanggil masuk berjumpa pegawai perubatan, dia yang beriya-iya menyorok di bilik menyusu. Sudah dua tahun setengah pun masih takut jumpa doktor..heheh...

4 comments:

  1. Selamat hari lahir ilhan.. semoga menjadi anak yang soleh bila besar nanti..

    ReplyDelete
  2. hepi beday Ilhan...
    yeay... dah abis dah pantang telur... lepas ni dah bole makan dah... ;p

    ReplyDelete
  3. Maria,

    tq. apa yang disuap memang Ilhan x pernah tolak..hehhe

    ReplyDelete