Monday, October 3, 2011

Mengenang Fatah (Lagak A Mamud)

Beberapa hari lalu ketika Bapak menyelak suratkhabar, Bapak terbaca berita mengenai kartunis Fatah.

 Sayu melihat keadaannya yang uzur dan terpaksa berkerusi roda akibat penyakit saraf tulang belakang  yang dideritai sejak beberapa tahun lalu.

Tambah menyedihkan dalam usia 57 tahun, Fatah yang menetap bersama ibunya di Kampung Alur Tembusu, Dungun dan bergantung hidup bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM).

Consortium Cartoonist At Work (CAW) memberi komitmen membantu memasarkan lukisan Fatah bagi
 menampung kos rawatan perubatan dan perbelanjaan hidup.

Selesai membaca berita itu, Bapak segera ke bilik bacaan dan mencari koleksi Lagak A Mahmud yang dibeli pada usia muda Bapak.

Sebelum itu karya-karya Fatah pernah Bapak baca dalam majalah Gila-Gila, majalah satira komik yang Bapak baca sejak mula merangkak membaca lagi.
Fatah bukan calang-calang kartunis. Stoke lukisannya begitu rapi dan jalan ceritanya asli dengan budaya tempatan.

Biarpun pekat dengan loghat Terengganu, ia tidak menghalang Bapak daripada memahami susur galur budaya, sejarah dan cara hidup masyarakat negeri Pantai Timur itu terutama pada zaman 60-an dan 70-an menerusi Lagak A Mamud.

Batin Bapak tergerak untuk membantu Fatah. Tapi bagaimana?

Buat permulaan Bapak doakan agar dia segera sembuh daripada deritanya. Terima kasih kerana telah memberi input berguna secara santai dan menwarnai zaman kanak-kanak Bapak.

Bapak akhiri dengan perenggan terakhir prakata Fatah dalam koleksi Lagak A Mamud :

'Semuanya ini wujud kerana hari ini adalah juga untuk tatapan pada hari esok.'



10 comments:

  1. Maria sezaman dgn Bapak - membesar dgn komik Gila-Gila...
    takziah utk kartunis Fatah...

    ReplyDelete
  2. saya juga membesar dengan karya beliau

    ReplyDelete
  3. Maria,

    Bapak muda skt beberapa tahun kot..heheh

    ReplyDelete
  4. Cikgu Iman,

    kita sebaya...heheh

    ReplyDelete
  5. dulu masa sekolah ada juga membaca majalah gila2 ni.. memang dia adalah seorang kartunis yang berbakat.. semoga kartunis Fatah tabah menempuh dugaan hidup dan ujian dari Allah SWT..

    ReplyDelete
  6. awal 80an kartun Fatah ni famous..majalah gila2 kalau tak silap. Suka watak fatah yg cool tu.

    ReplyDelete
  7. Kak Hani,

    A Mamud cool dengan jambulnya...

    ReplyDelete
  8. Kat mana nak cari koleksi lagak a mamud tu sekarang ni ek?teringin nak baca lagi...baca koleksi tu masa kecik2 dulu pon dah lebur dah buku tu huhuu

    ReplyDelete
  9. Anon,

    dulu ada gerai cesb kt shopping complex atau pesan je guna majalah Gila-Gila terbaru...

    ReplyDelete