Monday, August 15, 2011

Ramadan di tanah suci

Allahamdulillah hajat ayah dan mak mertua Bapak untuk menunaikan umrah di bulan Ramadan tahun ini tercapai.

Mereka dijemput Allah untuk menjadi tetamu tanah suci sepanjang Ramadan dan dijangka kembali ke tanah air pada raya keempat.

Dua hari sebelum awal Ramadan lalu, kami menghantar ayah dan mak mertua di KLIA. Oleh kerana kekangan cuti, Bapak, Orang Rumah Bapak, Khalish dan Ilhan tidak balik kampung di Melaka tetapi menziarahi orang tua Bapak di Petaling Jaya dulu.

Pukul 10 malam, baru kami bergerak bersama ayah dan mama ke KLIA kerana kapal terbang yang membawa ayah dan mak hanya berlepas pada 2.30 pagi.

Di KLIA, baru kami bertemu dengan mak, ayah, adik-adik serta saudara-mara.

Kami bekalkan ayah dan mak mertua serunding, rendang daging dan sambal ikan bilik Mak Nik yang dibeli di Teman, Gopeng.

Khalish yang pada mulanya ligat pusing KLIA, tertidur sambil memegang gula-gula lolipop yang dibeli oleh atuknya. Tengok abangnya sudah tertidur, Ilhan yang tersengih-sengih pun tertidur sama sebelum sempat atuk dan neneknya check ini...hehehe



No comments:

Post a Comment