Wednesday, July 6, 2011

Pengalaman menaiki bas awam Ipoh

Ini cerita pertengahan bulan lepas semasa Bapak tiada kenderaan ekoran kereta masuk bengkel selepas peristiwa Patah Kaki.

Bapak terkenang semula selepas melihat beberapa koleksi foto yang diambil pada hari terakhir sebelum kereta Bapak siap diperbaiki.

Hari itu Bapak perlu bekerja setelah off dan bercuti beberapa hari. Niat hati nak tumpang kereta kawan tetapi kebetulan mereka yang tinggal berhampiran rumah Bapak bercuti pula pada hari itu.

Mahu tak mahu Bapak perlu ke pejabat dengan menaiki menggunakan pengangkutan awam. Untuk ke perhentian bas terdekat, Bapak perlu berjalan kaki kira-kira 5 kilometer.

Berpeluh juga, sepanjang perjalanan Bapak cuba kalih perasaan letih dan bosan dengan memerhati sekeliling. Antaranya perkembangan kompleks membeli-belah Mydin dan Terminal Bas Ipoh yang sedang dalam pembinaan.

Dipendekkan cerita, sampailah Bapak di perhentian bas. Kebetulan sudah ada sebuah bas menunggu. Mulanya Bapak teragak-agak juga nak melangkah masuk ke dalam perut bas. Pemandunya sedang nyenyak tidur, siap berdengkur di kerusi pemandu.

Ada beberapa penumpang lain yang bukan warganegara sedia berada di dalam bas. Bapak perhati persekitaran bas agak bersih. Di dinding bas itu tertampal juga beberapa poster yang dicetak menggunakan kertas A4.

Antaranya info tambang bas, foto pemandu berkaraoke, makan durian dan melawat MSAM. Ada juga iklan pemandu menawarkan perkhidmatan sistem audio terutamanya untuk kenduri kahwin.

Bas yang Bapak naiki itu saling tak ubah seperti dalam filem 'Masam-Masam Manis' yang diterbitkan lebih 40 tahun lalu dan tidak berhawa dingin.

Selang 15 minit kemudian sampai sebuah bas lain yang kemudiannya berhenti di belakang bas terbabit. Seorang konduktor bas memasuki bas lalu mengejutkan pemandu yang sedang tidur tadi.

"Sori, hilangkan mengantuk sekejap. Malam-malam saya ada bisnes buka kedai makan," kata pemandu bas tadi memberi alasan.

Beberapa minit kemudian baru bas bergerak, itupun perlahan-lahan. Tanpa hiburan radio, Bapak tak berapa beri perhatian kepada panorama di luar sebab ia dilihat Bapak hampir hari-hari sejak 3 tahun lalu.

Hanya selepas sebuah bas dari syarikat lain yang berjalan di laluan hampir sama cuba memotong bas yang dinaiki Bapak, barulah pemandu melajukan sedikit kenderaannya. Tidak mahu kehilangan pelanggan yang sedia menunggu di beberapa perhentian bas di hadapan agaknya.

Akhirnya apabila sampai di destinasi, Bapak menekan lonceng dan membayar tambang RM1.60 sebelum turun dari bas tersebut.

Itulah sistem pengangkutan awam Ipoh. Khabarnya ada janji-janji manis, ia akan berubah kepada lebih baik dan selesa setelah Ipoh Sentral siap pertengahan tahun depan. Kita tengok sahajalah...

12 comments:

  1. dah bertahun tak naik bas... janji manis di bibir je gamaknya tu.

    ReplyDelete
  2. Kak Liza,

    apa2 pun biarlah kita bersangka baik..heheh

    ReplyDelete
  3. Hans,

    Bapak jgn kata bas henti2, bas ekspres pun lama x naik..

    sesekali kena naik juga..Bapak cuma harap sistem pengangkutan awam di Ipoh ni akan bertambah baik, perjuangan lebih 5 tahun tu..heheh

    ReplyDelete
  4. biasa2kan diri jadi orang awam naik bas....

    ReplyDelete
  5. Kak Sonata,

    Bapak memang orang awam..heheh

    ReplyDelete
  6. Hans,

    alhamdulillah kereta ok tapi bulan depan byk modal kena kuar, ganti tayar, insurans & road tax..heheh..

    ReplyDelete
  7. lama tak naik pengangkutan awam ni sejak-sejak berkereta ni...rindu zaman sekolah dulu-dulu..pagi-pagi dah tunggu bas...

    ReplyDelete
  8. Ummi Arissa,

    sama la Bapak... :)

    ReplyDelete