Tuesday, July 12, 2011

Dah tahu conteng, padamlah sendiri

Dah namanya budak-budak, Khalish sejak berumur setahun memang suka menconteng. Pantang nampak pensil, pen dan krayon, mulalah dia melakar lukisan abstrak.

Macam biasa, permukaan yang paling disukai ialah dinding dan lantai. Apa pun Bapak dan Orang Rumah Bapak cuba mendisiplinkan dia. Selain sentiasa melakukan pemantauan, kami berikan Khalish kertas untuk menconteng.

Contenglah semahu-mahunya. Berapa banyak pun kertas dia nak, kami sediakan. Kami juga sentiasa memastikan semua alat tulis diletakkan ditempat tinggi, jauh daripada jangkauan Khalish.

Ada juga Orang Rumah Bapak ajar Khalish menulis terutamanya abjad dan nombor tetapi selepas siap ditulis, kertas terbabit diconteng juga dengan lukisan abstraknya.

Malam tadi selepas solat Maghrib, tengah Bapak menidurkan Ilhan di bilik belakang dan Orang Rumah Bapak sibuk di dapur menyediakan juadah makan malam, Khalish memasang niat 'berkarya'.

Entah dari mana dia dapat pen pun tak tahu (rasanya Orang Rumah Bapak sepahkan ke lantai lepas buat menu mingguan kot...). Bapak perasan Khalish asyik menconteng dinding betul-betul berhadapan dengan bilik tidur Ilhan semasa membuka pintu bilik itu setelah adik Khalish benar-benar nyenyak tidur.

"Khalish buat apa tu?, bak!," tegur Bapak sambil meminta pen yang sedang dipegang Khalish.

Khalish terkejut, sejurus menyerahkan pen ke tangan Bapak, dia cepat berlari ke satu sudut dan mengambil permainannya yang berbentuk dadu diperbuat daripada span dan kain.

Cepat-cepat dia menggesel-geselkan dadu itu ke dinding seolah-olah mahu memadamkan contengannya itu.

Itu bukan pemadam, itu dadu...tak tahu nak gelak ke apa...hehehe...

10 comments:

  1. eh baik nya... nak padam balik... kalau Luqman dah conteng - tinggal... ;p

    ReplyDelete
  2. hahaha.tau pulak rasa bersalah tu

    ReplyDelete
  3. Maria,

    jgn terpengaruh ngan taktik Khalish..hehe

    ReplyDelete
  4. Isabelle,

    Khalish memang pandai tarik perhatian..heheh

    ReplyDelete
  5. Khalish ada potensi nak jadi pelukis terkenal satu hari nanti...

    ReplyDelete
  6. sayang nak padamkan hasil seni anak2...nanti dia besar boleh tunjuk kat dia balik...maaf, saya suka melukis jadi saya pandang contengan dari sudut yg berbeza.

    ReplyDelete
  7. Kak Tirana,

    orang kata kalau nak lihat potensi anak, elok pada usianya tiga tahun...

    ReplyDelete
  8. Hani,

    orang seni pandangannya selalu abstrak..heheh

    ReplyDelete
  9. pandai dia tau salah, usaha nak padam.. samalah anak kak liza yg dua tahun tu.. dah mula kreatifnya.
    http://adzriel.blogspot.com/2011/06/hasil-seni-dinding-yang-kreatif.html

    ReplyDelete
  10. Kak Liza,

    terharu lihat perkembangan mereka...

    ReplyDelete