Wednesday, June 1, 2011

Sudah tiga tahun keluarga ini dibina

Alhamdulillah semalam genap 3 tahun Bapak dan Orang Rumah Bapak berumahtangga.

Dalam tempoh 3 tahun ini, kami sudah berempat dengan kehadiran Khalish, 2, dan Ilhan, 7 bulan.

Oleh kerana 'patah kaki', rancangan asal sambutan ulang tahun perkahwinan kami terpaksa dilupakan. Sebelum ini Orang Rumah Bapak pernah cadang nak buat kek red velvet tapi bahan-bahan tak dapat dibeli sebab tiada kenderaan.

Akhirnya Bapak dan Orang Rumah Bapak termenung satu sama lain sambil memandang Khalish dan Ilhan yang asyik bermain.
Sudahnya Orang Rumah Bapak cadang pergi ke kedai kek kecil berhampiran yang sudah lama tidak dijejaki. Cuba nasib kalau ada kek yang berkenan.

Sambil masing-masing mendukung Khalish dan Ilhan, Bapak dan Ilhan melintasi jalan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan untuk ke kedai kek itu. (rumah Bapak berhadapan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan).

Sampai ke kedai kek itu, seperti diduga kami tidak banyak pilihan. Setelah pilihan dibuat, kami pun pulang ke rumah.

Sambutan kecil-kecilan, Khalish yang lebih teruja, Ilhan buat muka sardin, tak faham apa-apa.

Apa pun, tiada yang lebih membahagiakan daripada dikurniakan isteri dan anak-anak. Syukur kepada Allah.

4 comments: