Tuesday, June 7, 2011

Photobook Khalish

Selain mengabadikan foto kehamilan pertama Orang Rumah Bapak, antara 'golden dream' lain Bapak dan Orang Rumah Bapak ialah menghasilkan photobook sempena ulang tahun pertama setiap anak-anak kami.

Photobook tersebut mengandungi foto-foto perkembangan mereka dari lahir hingga setahun. Saja untuk kenangan-kenangan terutamanya apabila anak-anak dah besar nanti...

Sebagai anak sulung, sudah pastilah Khalish perintisnya tetapi projek yang sepatutnya bermula Mei 2011 hanya bermula setahun kemudian ketika dia sudah mencecah dua tahun.
Banyak faktor kelewatan termasuk rambang mata nak memilih foto Khalish sebab terlalu banyak (anak sulung, teruja lebih...heheh)

Setelah berbincang dengan Orang Rumah Bapak, pemilihan dan proses mengedit foto telah dilakukan.
Beberapa tema dipilih seperti persediaan kelahiran, proses meniarap, sambutan Aidilfitri pertama, makanan kegemaran, bersama atuk dan nenek, tempat-tempat dilawati, bertatih dan berjalan, bermain dan proses pembelajarannya.

Kami memilih perkhidmatan Kedai Gambar Kami untuk membuat photobook tersebut dan telah menerimanya semalam. Terima kasih kepada Catlina & hubby kerana merealisasikan impian kami...
Tersengih Bapak meneliti satu demi satu foto-foto kenangan itu. Tak sabar nak tengok reaksi Khalish menatap photobook tersebut. Sekarang ini dia bersama ibu dan adiknya berada di kampung sejak kelmarin.

Tak lama lagi giliran Ilhan pula mempunyai photobook sendiri. Baru perasan foto Ilhan agak berkurangan berbanding abangnya...heheh...

10 comments:

  1. eeee..bestnya ;) nanti kalau saya dah ada baby nak wat camni jugaklah ;)

    ReplyDelete
  2. saya pun sama
    nanti ada anak nak buat cam ni juga
    nampak best
    :-)

    Juvana Episod 7

    ReplyDelete
  3. hahaha... Bapak... Maria ada 3 anak... mmg perasan... masa zaman kakak Laila dulu... dulu pakai kamera manual... selalu je cuci gambar... bila dah Nayli pakai kamera digital makin kurang cuci gambar... time Luqman... langsung tak cuci... hampeh tul... kena buat photobook gak nampak nya... ;p

    ReplyDelete
  4. Erina,

    ok la itu, dah ada pengikut Bapak...heheh

    ReplyDelete
  5. Hans,

    wah bertambah sorang lagi..heheh

    ReplyDelete
  6. Maria,

    dulu masa zaman filem, mahu x mahu kena cuci skrg zaman digital sebab senang simpan dlm pc/laptop, selalu terlepas pandang...

    molek jugak buat photobook tuk Luqman..

    ReplyDelete
  7. haha
    yups
    hajat di hati tu nak kahwin tapi banyak benda dan tanggungjawab xselesai lagi
    nanti doakan saya kahwin cepat n dapat anak kembar yer
    :-)

    Review Filem KL Gangster

    ReplyDelete
  8. sukanya akak dengan idea ni... jadi tatapan buat anak cucu nanti.

    ReplyDelete
  9. Hans,

    hehe...dr pengalaman Bapak, kalau jodoh kita dah sampai, insyaallah Allah permudahkan..

    ReplyDelete
  10. Kak Liza,

    hajat Bapak dr zaman bujang2 dulu..heheh

    ReplyDelete