Tuesday, June 28, 2011

Baru pulang dari kampung

Bapak baru pulang dari rumah mertua di Melaka. Ikut sekali kembali ke Ipoh, Orang Rumah Bapak, Khalish dan Ilhan yang sudah berada di kampung lebih 3 minggu lalu.

Kami juga sempat menghadiri majlis perkahwinan anak sulung Mak Chow, kakak sulung Mak Mertua di Lubok Cina pada Ahad lalu.

Ilhan tak berapa sihat, asyik meragam kerana batuk dan selesema. Khalish pula baru kebah dari demam. Sebab terlalu suka berlari dan melompat, Khalish balik Ipoh dengan calar-balar di pipi dan siku.

Teruja Khalish pertama kali menatap gambarnya sendiri dalam photobook 'Keletah Khalish' yang siap tempoh hari.

4 comments:

  1. Khalish nampak kurus... ke sbb Ilhan lebih tembam???

    ReplyDelete
  2. murah ke fotobook kat mssia ek???

    ReplyDelete
  3. Maria,

    x tahu nak cakap Khalish terlalu kurus atau Ilhan yang terlebih tembam..

    sebenarnya sejak berumur setahun, berat badan Khalish agak statik tetapi ketinggian bertambah. Ilhan pula, seperti baby yg dpt full bf, bodynya berketul-ketul..

    Ilhan sekrg pakai baju sama saiz ngan Khalish..heheh

    ReplyDelete
  4. Hamizah,

    x tahu nak cakap murah ke x...untuk 20 pages hard cover RM199

    ReplyDelete