Monday, June 20, 2011

Bapak bercakap dengan Tamar Jalis

Biarpun bukan pembaca tegar, Bapak akui pernah membaca Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) karya Tamar Jalis masa kecil-kecil dahulu.

Biasanya Bapak baca siri tersebut yang dibeli Mama atau saudara-mara yang lebih tua. Secara ringkas ia merupakan memoir perjalanan hidup Tamar Jalis bersama datuknya yang dikenali sebagai Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah dari Beruas, Perak yang penuh dengan pengalaman mistik.

Selama ini identiti Tamar Jalis dikatakan tidak pernah didedahkan. Ramai yang tertanya-tanya biarpun Bapak berpendapat mungkin segelintir kenal terutamanya yang pernah bertugas di majalah Variasari.

Hari ini dalam Wacana SBDJ anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Perak dan Karyawan Perak, penulis itu akhirnya mengenalkan diri buat kali pertama setelah lebih 30 tahun itu siri itu tersiar.

Bapak berpeluang untuk berbual dengan Tamar Jalis atau nama sebenarnya Mohd. Radzi Mahmud, 73. Orang sangat merendah diri dan sederhana pegangan hidupnya...

Kami berborak bagai seorang cucu dengan atuknya..heheh..ini sebahagiannya...

Tamar Jalis dipilih sebagai watak pengantar SBDJ merupakan nama anak raja jin Tamar Bunga yang dibunuh Inderaputera dalam Hikayat Inderaputera.

60 peratus daripada jalan cerita SBDJ adalah kisah benar dan selebihnya khayalan dengan motif mendidik sambil berhibur.

"Objektif asal penulisan SBDJ ialah untuk menarik pembaca untuk membeli Variasari. Ternyata formula menghasilkan karya berunsur seram dan mistik itu berjaya.

"Saya sebenarnya segan nak kenalkan diri kerana berpendapat karya SBDJ terlalu biasa berbanding karya-karya sastera saya yang lain," katanya jujur.

Jelasnya kepada Bapak, dia sendiri terkejut siri itu boleh bertahan sehingga lebih 23 tahun dan masih mempunyai pengikut tersendiri sehingga kini. Buktinya kewujudan beberapa blog dan facebook page khas hasil inisiatif peminat.

SBDJ pernah mencapai populariti hingga dikatakan telah terjual lebih sejuta naskhah, malangnya kebanyakannya merupakan cetak rompak....

Hak ciptanya kini diuruskan Nafiela Books yang akan menerbitkan semula siri-siri tersebut dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mulai September ini.

Menyelak beberapa lembaran jilid 1 SBDJ edisi tersebut yang turut ditandatangani Tamar Jalis, Bapak nampak budaya Melayu Perak dahulu kala berbanding keseraman di dalamnya...

8 comments:

  1. Tak sangka Tamar Jalis ni hensem juga...

    ReplyDelete
  2. eh... kita suke baca buku dia tau dulu... dulu la... ingat lagi kisah atuk dia yg ada isteri org bunian... tp skrg klu baca balik seram pulak dah...
    pastu koleksi buku kita pun banyak hilang kat kampung - takde sape jaga... bila nak ambik balik banyak dah takde...

    ReplyDelete
  3. AH,

    tua2 pun hensem lagi, pada muda2 lagi hensem kot..hehehe..

    ReplyDelete
  4. Maria,

    bole la ganti buku2 yg hilang tu apabila edisi terbaru keluar tak lama lagi..hehe

    ReplyDelete
  5. Saya masa kecil kecil dulu suka baca buku bercakap dengan jin, best woo....teeerlajak laris

    ReplyDelete
  6. Saya masih Ada koleksi2 buku asal Tamar jalis, buku ini adalah buku Yang dibeli Dan dikumpul oleh arwah bapak. Masih elok bukunya Dan ini adalah Bahan bacaan Yang amat digemari arwah bapak Dan saya juga sangat suka membacanya hingga kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan Redzuan, koleksi yang sangat berharga. pengarangnya pun sudah dijemput Allah beberapa tahun lepas.

      Delete