Tuesday, April 19, 2011

Tembok besar untuk anak anjing

Sejak beberapa minggu lalu, bermastautin seekor anak anjing berwarna hitam di taman perumahan Bapak.

Entah mana datangnya, yang pasti haiwan tersebut tidak bertuan. Hampir setiap hari dia akan melakukan 'kunjungan hormat' dari satu ke satu rumah di taman perumahan ini tak mengira awal pagi, tengah hari dan petang.

Kalau setakat di luar pagar tak pe lah tetapi lawatan sambil belajar anak anjing itu turut meliputi hingga ke laman rumah, agaknya kalau pintu dibuka sampai ke dalam rumah lah akan diziarahinya...

Mungkin untuk mendapat perhatian lebih, ada sahaja peel anak anjing itu setiap hari malah sudah sampai ke tahap 'gurauan' yang tak bertempat.

Sudahlah pasu bunga di rumah Bapak diterbalikkan (nasib baik pasu plastik je), pokok kaktus kesayangan Orang Rumah Bapak dicabut dari pasu, tanahnya pula disepah-sepah.

Nasib kami lebih baik sebab jiran-jiran lain ada yang kain baju yang disidai dicarik-carik, pasu bunga dipecahkan dan sampah-sarap diterabur.

Sudah dicarik, dipecah dan diterabur, cebisan pakaian, pasu dan sampah itu kemudiannya dibawa masuk ke dalam laman rumah jiran lain pula sebelum ditinggalkan sebegitu sahaja.

Kalau waktu siang, banyak kali juga Khalish menjerit-jerit dari dalam sliding door menghalau anak anjing hitam itu daripada memasuki rumah.
Akibat tak tahan, kebanyakan penduduk taman perumahan ini sepakat membeli jaring dawai untuk dipasang pada pagar bagi menghalang anak anjing itu mencerobohi laman rumah.

Bapak pun tak terkecuali. Tersengih nyonya kedai hardware depan taman perumahan kami, jualan jaring dawainya laris pada masa ini.

Jiran sebelah rumah Bapak sudah hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan tetapi sehingga kelibat anak anjing itu masih ada.

10 comments:

  1. salam


    harap harap jangan ada budak yang kena gigit sudah ler

    ReplyDelete
  2. Pernah seorang nyonya membawa anjingnya berjalan2. Entah macam mana anjing tu berlari masuk kawasan rumah ckLah, dan kencing ke atas pokok kailan yang cklah tanam. Terpaksalah cabut dan buang kailan yang sudah matang untuk dituai itu...takkan nak samak dan makan pulak. Tak tergamak...

    ReplyDelete
  3. bapak, entah2 strategy berniaga nyonya tu tak... ekekeke...

    ReplyDelete
  4. beli jaring yang plastik keras tu bro,
    harga lebih skit je dari yg dawai tu,
    bru tahan lama tak karat,
    rumah kami pun da pasang..:)

    ReplyDelete
  5. anjing ni memangtak tahan....tu belum berak kencing lagi..haih

    ReplyDelete
  6. pB,

    setakat ni xde lagi tapi xkan nak tunggu tragedi baru bertindak kan...

    ReplyDelete
  7. ckLah,

    alahai sayangnye kailan tu, apa nak buat xde rezeki. x dicekik2 ker anjing tu..heheh..

    ReplyDelete
  8. Abu Aiman,

    mula2 fikir camtu jugak..isk, bersangka baiklah..heheh

    ReplyDelete
  9. Kami,

    cadangan yg baik. tq bro!

    ReplyDelete