Thursday, April 28, 2011

Makanan pejal pertama Ilhan

Semalam Ilhan genap 6 bulan, sampailah masanya menikmati makanan pejal pertama.

Sebelum ini Ilhan tak diberi apa-apa makanan kecuali susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah dia sentiasa kenyang dengan susu ibu dan berat badannya kini 8.25 kg.

Cuma bila Ilhan masuk lima bulan, setiap kali tengok ibu, ayah dan abangnya makan, mulutnya terkudap-kudap seolah-olah mahu menikmati sama makanan tersebut.

Orang Rumah Bapak selalu tak sampai hati dan mahu berikan makanan pejal cepat-cepat kepada Ilhan tapi Bapak menahannya; biar cukup 6 bulan...masa itu ususnya sudah cukup bersedia menerima makanan pejal.
Seperti abangnya Khalish, kami memberi puri sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai makanan pejal pertama Ilhan.

Selepas itu baru dia diberi makan bubur kanji secara beransur-ansur. Sebolehnya kami tak mahu beri Ilhan makanan pejal lain terutamanya Nestum.
Pertama kali diberi makan puri, Ilhan teruja, mahu pegang sudu sendiri untuk disuap ke mulut cepat-cepat..heheh...Khalish pun tumpang sekaki makan puri tersebut...heheh..

2 comments:

  1. puri tu sedap tak?..harga die mahal gak kan..

    kalau mak die bagi air kanji nasi tu.. heee

    ReplyDelete
  2. harga puri tu antara RM2-RM5 sebotol ikut jenis buah & sayur.

    sebotol boleh tahan 2 hari, kasi minggu pertama je pastu bubur kanji la pulak.

    tang sedap tu kena tanya Ilhan & Khalish la, pasal diorang yg makan..hehehh

    ReplyDelete