Tuesday, March 22, 2011

Radix Fried Chicken (RFC) Ipoh

Radix Fried Chicken (RFC) telah membuka cawangan pertamanya di Ipoh sejak lebih sebulan lalu di Taman Alkaff, Ipoh.

Dengar ceritanya sambutan pada awal pembukaannya agak hangat. Oleh itu, untuk mengelakkan kesesakan melampau, Bapak sekeluarga baru memulakan sesi sua rasa RFC semalam.

Berbekalkan panduan di internet dan kain pemidang yang dipamerkan di tepi jalan, kami sampai juga di restoran RFC yang terletak di lokasi tak dijangka.
Memasuki premis dua tingkat yang dicat ceria dengan warna jingga itu, sudah ada beberapa pelanggan sedang menjamu selera dan menunggu giliran memesan menu.

Setelah berbincang sebentar dengan Orang Rumah Bapak mengenai menu yang hendak dipesan, Bapak beratur dibelakang lebih kurang 4 orang pelanggan.
Selain ayam goreng, RFC juga mempunyai sajian nasi herba, nasi tomato dan beberapa menu sampingan lain seperti aiskrim dan kentang goreng. (sepatutnya ada burger, wedges dan nasi ayam tetapi semalam tiada, tak pasti memang tak ada atau dah habis...coeslaw dah habis walaupun baru pukul 1 petang)

Bapak perhatikan RFC Ipoh mempunyai 4 orang staf yang bertugas pada masa itu. Seorang bertugas di bahagian dapur, seorang di kuanter hadapan, seorang penyediaan makanan dan seorang lagi bahagian pembersihan.

Maaf cakap, gaya staf kaunter hadapan yang bergaya ayu dan lemah-lembut bak awek Siam bekerja di restoran tomyam ditambah sikap tipikal segelintir pelanggan yang baru nak mencongak-mencongak menu pesanan apabila sampai di hadapan kaunter (padahal banyak masa nak fikir menu masa beratur tu) melambatkan sistem penyampaian.

Memang sabar itu separuh daripada iman tetapi apabila Khalish yang sabar menunggu di meja sebelum ini sudah ketuk-ketuk meja sambil berteriak : "Ayam,ayam. cipat aa..cipat aaa(cepatlah, cepatlah),"

Akhirnya sampai juga giliran Bapak.

Bapak pesan set Delight A; set ayam goreng cam KFC tu, Orang Rumah Bapak pesan nasi tomato & Khalish dapat aiskrim coklat dan fries (sebab dia akan cilok ayam goreng dan nasi tomato tu sikit..)













"Sedap ayam goreng RFC ni, garing, terasarempah dan tak muak cam KFC. Mashed potato (kentang putar) pula terasa kandungan minyak sapi atau mentega," komen Orang Rumah Bapak ala-ala juri rancangan masakan setelah menjadi penonton setia MasterChef, Junior MasterChef dan TopChef sejak akhir-akhir ini....

10 comments:

  1. bile la nk dpt rasa RFC nih.. adoi la.. kt kl x de la.. dr thun lepas nk makan rfc.. x dpt2 lg

    ReplyDelete
  2. pekerja takcukup ramai..pastumanager die..kalau dah habis takbuat baru ke coleslaw....apeda...

    tapi nampak macam sedeap jugak..bile nak try nieyh..hekhgekhek

    ReplyDelete
  3. En Bapak,
    Oleh kerana ayam RFC itu sedap, maka saya 'butakan' tekak mkn fries yg dah sejuk tu.

    ReplyDelete
  4. owhhh...dah ader kat ipoh yerkkk....hmm lemah gemalai punya service nie yg bikin kiter potongg stimm jerkkkk

    salam kenal2...jommm singgah vlog azue...kiter makan meatballs kat ikea nakkk....

    ReplyDelete
  5. cikBedah,

    kalau tersinggah Ipoh atau Kulim, mai lah RFC!

    ReplyDelete
  6. Nik,

    manager dia x nampak pun semalam, xpe masih baru ngan staff tu cam bebudak je. ada banyak masa tuk improve..

    ReplyDelete
  7. Ibu Khalish & Ilhan,

    nasib baik Khalish tak perasan fries dia kena tibai..heheh

    ReplyDelete
  8. Azueriena,

    owh, meatball ikea tu dah lama Orang Rumah Bapak mengidam...heheh...

    terima kasih singgah sini!

    ReplyDelete
  9. hehe..ada buat entri cara buat ayam RFC...

    http://naman0807.blogspot.com/2011/03/cara-membuat-ayam-rfc-radix-fried.html

    ReplyDelete