Thursday, January 27, 2011

Sapa yang kena injek ni?

Hari ini Ilhan genap berusia tiga bulan. Dari malam semalam dah bagitahu dia, pagi ini dia akan dibawa melawat Klinik Desa Chepor untuk mendapat suntikan.

Cadangnya awal-awal pagi lagi, nak pergi ke klinik itu tapi Ilhan bantai tidur sampai pukul 11 pagi. Selalunya pukul 7.30 pagi dah bangun minum susu tapi pagi ni tak sedar-sedar walaupun ditidurkan di atas tilam di ruang tamu dengan bunyi televisyen dan suara besar abangnya, Khalish yang syok sendiri menjerit sorang-sorang masa bermain. (biasanya Ilhan tak suka bunyi bising kalau tidur sebab tu buainya diletakkan di bilik tetamu nun di belakang rumah agar sunyi sepi).

Tak tahulah itu taktik dia agar tak disuntik imunisasi tapi bila sudah pukul 11 pagi, mahu tak mahu kena kejutkan Ilhan dan terus mandikan dia yang dalam keadaan mamai-mamai.

Sampai di klinik desa yang letaknya tak sampai 3 km dari rumah, memang sudah ramai bayi dan ibu mengandung menunggu giliran untuk menemui pegawai perubatan. Bapak biarkan Khalish bermain di playground.

Semasa menunggu giliran Ilhan diperiksa, Orang Rumah Bapak menerima syarahan khas bertajuk 'perancangan keluarga' gara-gara sudah mempunyai dua orang anak dalam usia perkahwinan menjangkau tiga tahun pada Mei depan...

Sampai giliran Ilhan yang kini sudah seberat 6.2 kg masuk ke bilik rawatan, muka Khalish tiba-tiba berubah, dia cepat berlari menuju ke pintu klinik desa itu untuk keluar. Bapak cepat memintasnya dan mendukung dia kembali masuk ke bilik rawatan untuk menemani Ilhan dan Orang Rumah Bapak.

Khalish meronta-ronta dan meraung serta menunjuk-nunjuk kereta yang diparkir di perkarangan klinik sambil berkata na nak, na nak (tak nak)...

Sebaik sahaja diletakkan di baby seat, Khalish yang pucat menunjukkan isyarat minta tali kaledar baby seat itu diketatkan. Selepas permintaannya dituruti dan diberi makan biskut barulah dia senyap.

Terpaksa Bapak turut sama berkurung dalam kereta sambil nyanyi sorang-sorang lagu kedengaran di radio..tak lama kemudian Orang Rumah Bapak menuju ke kereta sambil mendukung Ilhan yang buat muka rilekDalam bahasanya yang tersendiri, Khalish minta Bapak pandu kereta cepat-cepat keluar dari klinik desa itu...Siapa sebenarnya yang kena suntik ni? hehe....

5 comments:

  1. salam Bapak


    kejab jer kan masa berlalu

    -pB-

    ReplyDelete
  2. pB,

    salam. ye, memang rasa kejap je masa berlalu, rasa cam baru je bawa Khalish ke klinik desa untuk suntikan imunisasi buat pertama kali.

    anyway selamat berpantang!

    p/s : apasal anon pulak pB? heheh...

    ReplyDelete
  3. hehehe... khalish phobia pada suntikan la tu.

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana,

    Khalish bukan setakat fobia suntikan, ngan doktor2 sekali dia fobia...hehheh...

    kisahnye tiga bulan pertama lahir, dia asyik keluar masuk klinik je..dia pulak jenis kuat ingatan,pandang je klinik terus fobia..heheh

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete