Wednesday, December 8, 2010

Kenangan berkhatan

Kagum sebentar Bapak apabila mengetahui doktor datang ke rumah untuk mengkhatankan anak jiran Bapak.

Bukan doktor klinik swasta tetapi doktor klinik kesihatan dan caj dikenakan pula amat berpatutan. Ingatkan doktor sanggup turun padang mengkhatankan budak apabila ada majlis khatan beramai-ramai sahaja.

Teringat Bapak semasa melalui proses kedewasaan sama hampir 20 tahun lalu. Bapak berkhatan bersama dua orang sepupu di sebuah klinik di Teluk Intan.

Kata-kata orang menakut-nakutkan bersunat itu sakit yang amat sangat, bedaah je.. upacara 'memotong' tu tak sakit pun, cuma ngilu masa doktor menyuntik ubat bius sahaja..

Namun apabila ubat bius tu habis, sakitnya mula berasa. Masa itu kami berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang dari klinik nak ke kampung ada kira-kira lebih 10 km.

Jalan Teluk Intan pada waktu tersebut bukan macam sekarang. Pada ketika itu keadaan jalan berlubang-lubang dan tak rata membuatkan kenderaan bagaikan melambung-lambung seperti menaiki bahtera di lautan.

Bayangkan dalam keadaan berhentak-hentak, betapa sakitnya kami menahan kepedihan sambil memegang kain pelikat sehingga sampai ke pintu rumah.

Seminggu baru kami baik sepenuhnya dan dah tak berjalan kengkang sambil memegang kain pelikat...sekarang ni rasanya dua hari lepas berkhatan dah boleh berlari kot.

Seorang saudara jiran Bapak yang berumur 50-an pula mencelah menceritakan pengalamannya berkhatan dengan tok mudim. Peralatan cuma batang pisang dan pisau belit. Hampir sebulan katanya baru nak baik...heheh...kalah kenangan Bapak lah cam nie...hehehh...

10 comments:

  1. kalo diingatkan balik...
    memang best..

    ReplyDelete
  2. nak sgt tgk org kena sunat.. hahahahaha
    nk taw cane rupe b4 and after.. ahahahahah

    ReplyDelete
  3. anak buah nik pun harituh doctor datang rumah//..tapi yang tu swasta la..

    berkhatan sekali dgn anak jiran sebelah lagi 2 orang... gelak2 kitorangtgk die khatan..hehehe....baru cucuk jarum dah melalak...

    besok2 kalau beranak lagi sakit woo

    ReplyDelete
  4. hehe, musim cuti ni ramai la yang bersunat.
    Ada rakan yang sunatkan anak2nya masa baby lagi, i.e umo dalam 2-3 bulan. Tak sakit dan luka cepat baik katanya...

    ReplyDelete
  5. Mie,

    kenangan berharga untuk seorang lelaki tu...mestilah best..heheh.

    anyway thanks sudi ziarah blog Bapak!

    ReplyDelete
  6. Cik Bedah,

    tak tahu nak cakap apa, apa pun semoga impian tercapai...hahaha..

    ReplyDelete
  7. Nik Hakimah,

    bersalin memang sakit yang paling sakit di dunia..siap sedialah...hehhehe (sengaja nak takut2kan..heheh)

    ReplyDelete
  8. Naman,

    apa yang seram...hehehe...

    memang ada dua peristiwa yang paling buat seorang lelaki seriau, pertama : berkhatan, kedua : akad nikah

    ReplyDelete
  9. Abu Aiman,

    Bapak beri beri cadangan agar Khalish disunat pada masih bayi tapi Orang Rumah Bapak tak berapa setuju.

    Berkhatan antara fasa kehidupan yang bererti bagi seorang lelaki, biarlah anak mengingatinya. Kalau dah disunat masa masih bayi, mana nak ingat...heheh

    ReplyDelete