Friday, November 12, 2010

Satu huruf yang bikin haru-biru

Ilhan dilahirkan pada pagi Rabu dan dibenarkan keluar wad bersama ibunya pada petang Khamis.

Esoknya pada hari ketiga, Bapak mendaftarkan namanya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terletak tak sampai 2 kilometer dari rumah Bapak.

Berbeza semasa mendaftarkan nama abangnya, Khalish di Melaka, JPN Perak mensyaratkan buku pra Antenatal dan salinan beberapa helaian buku itu sebagai salah satu dokumen untuk mendaftarkan kelahiran anak.

Oleh sebab urusan jururawat Klinik Desa merawat dan memantau kesihatan Ilhan dan Orang Rumah Bapak agak lewat, Bapak cuma ke JPN Perak pada kira-kira 12 tengah hari. Agak terkocoh-kocoh memandangkan hari itu Jumaat.

Nasib urusan di JPN Perak agak licin dan ia selesai tak sampai 15 minit. Gembira Bapak tunjuk sijil kelahiran itu kepada Orang Rumah Bapak kemudiannya.

Tapi esoknya baru Bapak perasan ada kesilapan satu huruf pada alamat rumah kami. Perkataan Meru menjadi Maru.(nak tergelak pun ada sebab teringat animasi Hagemaru...)
Silap Bapak juga kerana tak teliti semasa memeriksa sijil kelahiran itu sebelum ia dicetak. (teliti sebenarnya tapi tang nama anak dan butiran peribadi ibu dan bapa sahaja...)

Walaupun secara teknikalnya, kesilapan tu terlalu kecil kerana ia tidak menjejaskan apa-apa apatah lagi urusan surat-menyurat tetapi ia tetap tak sempurna. Kalau tak diperbetulkan Bapak rasa bersalah kepada Ilhan...

Akhirnya selang empat hari kemudian selepas Bapak pulang setelah menghantar Orang Rumah Bapak, Ilhan dan Khalish berpantang di kampung, Bapak kembali di JPN Perak.
Kesilapan kecil pada sijil kelahiran dapat diperbetulkan setelah Bapak membuat cabutan dengan bayaran RM5.

Namun masalah tak selesai begitu sahaja, oleh kerana Mykid Ilhan sedang diproses, alamat yang silap itu akan tetap tertera pada Mykidnya yang dijangka siap akhir bulan ini.

Jalan penyelesaiannya, Bapak perlu membuat Mykid baru buat Ilhan sebaik sahaja menerima Mykid terbabit. Alamatnya bertemu lagilah Bapak dengan kakitangan JPN Perak...heheh...

8 comments:

  1. hehe kerana satu huruf kena ulang-alik pulak yer...
    aiman dah 3 tahun lebih, baru kelmarin pegi buat mykid.

    ReplyDelete
  2. Abu Aiman,

    Aiman xpe, dia lama kat oversea...heheh...

    ReplyDelete
  3. Tu satu cara nk cepat...supaya tak timbul masalah di kemudian hari...tp psl alamat ni ok lagi...sbb alamat boleh berbeza...cuma kalau nama 'tempat' tu x wujud...susah gak...

    ReplyDelete
  4. DUN,

    cepat tak cepat, makan sebulan jugak la..ehehhe

    ReplyDelete
  5. en_me,

    salam sabtu en_me..heheh...

    ReplyDelete