Wednesday, May 12, 2010

Setahun sudah Khalish

Tarikh ini pada tahun lalu merupakan hari yang bersejarah buat Bapak.

Setelah seharian menemani Orang Rumah Bapak di bilik bersalin hospital sejak awal pagi, akhirnya tangisan pertama Khalish kedengaran pada 4.10 petang.

Bapak sedikit mengigil memangkunya buat pertama kali bagi mengazan dan mengiqamat. Gigil kerana mengerti tanggungjawab sebagai sebagai bapa sudah bermula dan ianya bukanlah sesuatu yang mudah...

Tiga bulan pertama Khalish dan ibunya berada di kampung. Ekoran tuntutan kerja, Bapak cuma pulang sebulan sekali. Kesempatan yang ada Bapak gunakan untuk berdamping dengannya. Namun Khalish masih belum betul-betul kenal ayahnya sendiri, buktinya dia kerap menangis dan mahu dipeluk ibu setiap kali Bapak mendukungnya.
Bulan keempat Khalish dan ibu pulang semula ke Ipoh. Kebetulan masa itu bulan Ramadan, Bapak masih ingat, betapa Bapak dan Orang Rumah Bapak bergilir-gilir berbuka puasa dan beribadat sambil menjaga Khalish yang sentiasa merengek setiap kali azan Maghrib.

Bulan-bulan selepas itu, Khalish mula selesa dan membesar dengan sewajarnya...

Bermula dengan mula meniarap ketika berusia dua bulan setengah, Khalish kemudiannya mara, duduk, berdiri, merangkak dan kini mula bertatih. Giginya juga sudah empat batang.

Tawa dan celotehnya sentiasa menghiburkan. Aktif, berani dan tak kenal erti putus asa mencuit hati Bapak. Sesekali Bapak mengeluh apabila Khalish gemar mengoyak buku dan suratkhabar sebelum sempat dibaca...Bagaimanapun dia lah penawar dan sumber kekuatan diri ini...

Hari ini Khalish genap setahun. Cepat benar waktu berlalu, terasa bagai semalam dia dibawa pulang dari hospital...Selamat Hari Lahir anak sulungku....

Mungkin selepas ini kami tak perlu lagi bangun malam untuk membuat susu untuk Khalish tetapi cabaran sebagai ibubapa tak berakhir sekadar itu.. malah selepas ini dugaannya lebih hebat lagi.
Bapak mohon kepada Allah agar kami suami isteri diberi kekuatan untuk menjalankan amanah ini...

12 comments:

  1. Happy BIrthday Khalish! Comey lah gigi yg 4 btg tu. Betul, penat2 kat opis bila balik tgk anak terus hilang penat...

    ReplyDelete
  2. Wah dah setahun rupanya Khalish..Happy birthday! Semoga sihat sentiasa.

    ReplyDelete
  3. Abu Aiman,

    terima kasih! betul, penat semua hilang bila tengok teletah baby...

    ReplyDelete
  4. sekejap je kan masa berlalu..khalish da besar da..happy birthday khalish. Jgn notty2 tau..penat bapak & ibu nak kejar nanti ;)

    ReplyDelete
  5. Erina,

    terima kasih. sekarang Bapak dah penat kejar2 Khalish yg semakin aktif..hehehe

    ReplyDelete
  6. Persahabatan dan ukhwah yang terjalin di alam maya memang unik .

    Bayangkan , suatu waktu dahulu , saya lihat khalish didalam rahim kandungan ibunya . Kemudian saya menyaksikan lagi dia dilahirkan ...

    dan..

    Kini Khalish semakin membesar memasuki usia Setahun . Semuanya seperti berlaku dihadapan mata , sedangkan kita tidak pernah bersua . kann ...

    Tak sabar nak tahu perkembangan Khalish selepas ini .. hehehe

    Happy Birthday Khalish !

    ReplyDelete
  7. Selamat ulangtahun khalish..

    ermm.. cepatnya. Setahun dah besar begitu..
    seronok tengok ..

    ReplyDelete
  8. wah... Khalish dah setahun... hepi beday... dah dapat hadiah hp ngan laptop tak dari bapak?... hehehe

    ReplyDelete
  9. Kak Linda,

    blog ini tercipta berikutan kegelisahan dan keterujaan Bapak menanti kelahiran Khalish...

    Dia kini sudah setahun...

    ReplyDelete
  10. Cikgu Rashid,

    Bapak pun rasa sekejap masa berlalu..hehhe...

    ReplyDelete
  11. Eja,

    Khalish ada dapat hadiah telefon...heheh...dia asyik nak call atuk...heheh...

    ReplyDelete