Saturday, April 10, 2010

Panas membahang, Sejuk Menggigil...

Sejak kebelakangan ni cuaca agak berbahang terutamanya pada waktu malam . Tidur Khalish dan ayahnya jarang nyenyak...

Bermula petang semalam, suhu badan Khalish agak dedau. Dari seorang bayi yang aktif dan lasak, Khalish berubah pasif, asyik terbaring saje. Sesekali dia merengek....

Keadaan itu mengingatkan Bapak kepada peristiwa pertengahan Februari lalu. Masa itu Ipoh telah diisytihar antara bandar terpanas di Malaysia.

Bahangnya bukan sahaja orang dewasa macam Bapak dan Orang Rumah Bapak tak tahan tetapi Khalish juga yang ketika itu baru berusia 9 bulan. Dia asyik gelisah kerana kerap berpeluh.

Bagi 'melarikan' diri daripada kepanasan buat seketika, kami membawa Khalish ke Cameron Highlands yang jarak tak sampai 100 km dari rumah kami.

Walaupun ramai kata Cameron tak sesejuk macam dulu-dulu namun dibandingkan Ipoh yang bersuhu sekitar 36 darjah celsius, memang terasa perbezaannya.
Hari pertama sampai, Khalish tidur nyenyak (biarpun tidur berjaket sepanjang malam). Namun masuk hari kedua. hidungnya mula kemerahan dan asyik memeluk Bapak semasa tidur.

Dia mula batuk-batuk dan penyudahnya, semasa menuruni untuk pulang ke Ipoh, Khalish muntah tiga kali di dalam kereta.

Sampai di rumah, suhu badannya mula meningkat dan selsema. Apabila di bawa ke klinik, doktor memberitahu paru-paru kiri Khalish sudah penuh dengan kahak.

Ubat diberi dan doktor memberitahu jika Khalish tidak sembuh dalam jangkamasa dua hari, doktor itu mencadangkan Khalish diberi wap untuk mencairkan kahak.
Akhirnya, Khalish menjalani rawatan tersebut. Bapak dan Orang Rumah Bapak sayu melihat dia meronta-ronta dan menangis semasa dipaksa menyedut wap dari mulutnya.

p/s : Semoga permata kami cepat sembuh...

4 comments:

  1. Kesian Khalish pakai Neub.

    Dulu Damia pun selalu gak dapat. Tapi bila dia besar sikit dah okeh dah .

    ReplyDelete
  2. Kak Linda,

    harap Khalish x simpan kahak & lendir tu pasal besar...

    ReplyDelete
  3. Oppps ! menjawab persoalan dan pertanyaan Bapak .


    Bagus betul ingatan Bapak . Buatkan saya terharu ... sob..sob..sob..

    Yup ! saya di Form 1 sekolah lain, manakala dia di Form 5 . Sek. Sains Kluang . Jumpa masa cuti sekolah sahaja. Jumpa ala-ala budak hingus gituuu . Hinggalah dia melanjutkan pelajaran di Jepun . ( Meninggal eksiden , dan jenazahnya sampai di Pagi Raya..)

    Hinggalah saya menyambung pelajaran ke U . Zaman belajar saya sunyi tanpa buayafriend .

    Kesian kann..kann.. heheeee

    ReplyDelete
  4. Kak Linda,

    kan Bapak pernah ceta kerja Bapak merakam percakapan orang...memang dilatih mengingat setiap statement yang dikeluarkan..heheh

    ReplyDelete