Thursday, April 22, 2010

Mandi Air Kelapa

Pada suatu pagi setelah Khalish demam beberapa hari, tumbuh bintik-bintik merah pula di belakang tubuhnya.

Mulanya Bapak dan Orang Rumah Bapak ingatkan kesan gigitan nyamuk ataupun alahan kerana cuaca panas sejak akhir-akhir ini. Namun apabila ruam merah itu mula menular ke muka Khalish, kami mengesyakinya demam campak.

Mengikut jadual ditetapkan Kementerian Kesihatan Khalish yang kini berusia 11 bulan hanya akan disuntik imunisasi demam campak pada bulan depan apabila genap setahun. Kiranya awal dia kena demam campak ni..

Begitupun suhu badannya normal dan tingkah lakunya aktif, cuma sesekali merengek mahu menggaru badannya yang gatal terutama pada malam yang bahang.

Malam itu Bapak membawanya ke klinik panel, malangnya klinik ditutup awal kerana doktor bertugas kurang sihat..

Mama dan Mak Mertua yang dirujuk kemudiannya mengesyorkan Khalish diberi minum dan mandi air kelapa. Daun bambu juga dicadangkan tapi bukan setakat tak tahu nak cari daun tersebut di Ipoh ni malah rupa daun tersebut pun tak pernah Bapak nampak...hehehhe

Esoknya Bapak membawa bekas air besar bersama sewaktu pergi bekerja dan berjumpa dengan gerai menjual air kelapa muda segar di Batu Gajah.

Khalish minum dan mandi air kelapa walaupun berperasaan pelik. Tidak lama kemudian ruam merah itu merebak ke seluruh badan termasuk ke bahagian kaki.

Malamnya dia dibawa ke klinik dan doktor mengatakan demam campak Khalish hampir sembuh walaupun baru dua hari menghidap penyakit itu...

22 comments:

  1. anak aku yg kedua masih belum kena lagi. doc cakap,walaupun dah cucuk imunisasi demam campak,peluang utk kena masih ada.

    ReplyDelete
  2. takpa, biar dia kena masa kecik2, cepat baik dan insyaAllah tak kena dah lain kali.

    ReplyDelete
  3. sian baby cumel...btw, air kelapa tu nampak sangat sedap...hehehhe

    ReplyDelete
  4. Mr. Penyu,

    seorang orang mesti kena sekurang2nye sekali seumur hidup..

    ReplyDelete
  5. Abu Aiman,

    yup, alhamdulillah Khalish cepat sembuh. kita yang risau tapi dia boleh gelak2 masa kena demam campak tu..heheh

    ReplyDelete
  6. Nik,

    sebenarnya sebelum tu Bapak dah cilok minum setenguk air kelapa tu. mana tahan beb! hehehe...

    ReplyDelete