Tuesday, April 6, 2010

Kenangan Meru

Setelah enjin kereta Bapak tidak boleh dihidupkan kerana masalah kunci, Bapak tahan teksi untuk pulang ke rumah.

Mula-mula pemandu itu minta tambang RM15, pastu RM20 pula.

"Oh, Meru Raya, saya ingat tadi Taman Meru tadi. Kalau Meru Raya RM20 cik, boleh tak?" tanya pemandu teksi tu.

Sebab dah lewat malam, terdesak dan teksi di Ipoh memang tak pakai meter, Bapak setuju je.

Dalam perjalanan, pemandu teksi tu memberitahu dia menetap Taman Meru 1B yang terletak berhampiran dengan taman perumahan Bapak.
Katanya, dia memasuki rumah itu pada 1978 dan antara kawasan perumahan terawal di Meru.
Menurutnya pada masa itu, jalan ke Meru selorong sahaja, sekelilingnya hutan, taman perumahan Bapak pula masih ladang getah dan paling menakutkan ia berhampiran dengan kem Komunis yang berkubu di kawasan bukit yang kini dikenali sebagai Meru Height.

"Saya asal Kuala Kangsar dan kemudian dapat kerja di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di Ipoh.

"Apabila nak beli rumah di Taman Meru 1B, saya seriau. Yelah dari kampung kena berpindah di kawasan pinggir hutan pula. Setakat diikutkan yang masih ada sampai sekarang pekan Jelapang je," katanya.

Pemandu teksi itu memberitahu dia kemudiannya meminta pandangan ibu bapanya. Mak dan ayahnya menggalakkan dan menyakinnya agar membeli rumah di Taman Meru 1B tersebut.

"Orang tua minta fikir masa depan, Kata mereka lambat-laun Meru akan maju juga. Alhamdulillah masin kata-kata mereka, tak lama selepas itu satu-persatu taman perumahan baru dibuka.

"Projek Lebuh raya Utara-Selatan yang berhampiran dengan Meru juga bermula manakala komunis akhirnya menyerah diri tak lama selepas itu. Sekarang ni jalan juga dah besar, mudah ke pusat bandar, Lumut, Sungai Siput dan Kuala Kangsar," katanya.

Bapak sampai ke rumah dengan tersenyum.

"Alhamdulillah, aku bukan duduk di tapak bekas lombong rupanya....,"

Cuma yang masih tak berubah sampai sekarang, lembu, kerbau dan kambing masih merata-rata....

8 comments:

  1. kat kelang pun ada nama meru..hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh... dah lama tak kesana .

    Pics yang dibawah tuh . Memang takleh disangkal lagi . hahahaa

    ReplyDelete
  3. owh..sabor jela kalau diorang buat jalan itu ...ahmad albab yang punyaaaaaa.....

    aiya...baling mercun ok tak?...huhihiih

    ReplyDelete
  4. Ingatkan cerita pasal Meru di Klang nie

    ReplyDelete
  5. Wan,

    kalu pasal nama tempat sama, memang banyak kt malaysia ni...hehehhe

    kat ipoh ni pasir puteh dan kota bharu pun ada...heheh

    ReplyDelete
  6. Kak Linda,

    zaman memang dah berubah tapi perangai penjaga lembu, kerbau & kambing kat sini cam tu jugak la..heheh

    ReplyDelete
  7. Nik,

    kalu nak baling mercun baik kat tuan punya haiwan2 tu...hehehe

    ReplyDelete
  8. pB,

    kalau nak tahu kat Kenya pun tempat nama Meru...ni fakta bukan auta..heheh

    ReplyDelete