Tuesday, April 13, 2010

Foto itu kini lengkap...

Semasa bulan-bulan awal kehamilan Khalish, Orang Rumah Bapak alah teruk. Kami tak dapat ke mana-mana sepanjang tempoh itu. Sindrom morning sickness tersebut hanya berakhir ketika Orang Rumah Bapak hamil lima bulan.

Kemudiannya pada Januari 2009, kami bersiar-siar di Cameron Highlands. Salah satu foto yang diabadikan semasa percutian tersebut ialah kami bergambar bersama di sebuah ladang teh.
Sebelum meninggalkan Cameron Higlands, kami berazam untuk kembali ke ladang teh tersebut untuk merakam foto bersama bayi yang sedang berada di dalam kandungan tersebut.

Empat bulan kemudian Khalish lahir dan setelah dia berusia 9 bulan, azam itu akhirnya terlaksana...

8 comments:

  1. Abu Muaz,

    tahniah?...heheh..

    lama tak dengar ceta Abu Muaz..

    ReplyDelete
  2. Bapak...ko pun same jugak ke alahannya...

    Alahai....

    ReplyDelete
  3. Daddy,

    kalu begitu gayanya, nampaknya x lama lagi 'terpaksalah' kita lepak kat naina malam2 cam dulu..heheheh

    ReplyDelete
  4. ckLah,

    sebelum berlima, berempat dulu ckLah...x lama lagi tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. salam,bro ko ni budak la salle pj kan??

    ReplyDelete
  6. En. Anon,

    Salam. yup, la salle pj batch '97. kenalkan diri bro..

    ReplyDelete