Sunday, November 8, 2009

Keluarga Didahulukan...

Bapak kembali bersiaran setelah lebih 3 minggu menyepi..

Selain komitmen kerja yang agak melambak terutamanya pada 2 minggu lepas, baru-baru ini Bapak dan Orang Rumah Bapak menerima dugaan yang menguji iman, emosi dan mental.

Ia sedikit sebanyak memberi kesan kurang menyenangkan kepada keluarga kecil Bapak walaupun ia disebabkan individu luar.

Apapun Bapak telah mengambil tindakan yang mengutamakan keutuhan institusi keluarga, landasan agama dan perkembangan satu-satunya permata kami, Khalish.

Keluarga ini terutamanya Khalish perlu hidup dan membesar dalam persekitaran positif dan Bapak tidak akan membenarkan sesiapapun mengganggu gugatnya.


Sehari selepas kejadian itu, Bapak, Orang Rumah Bapak dan Khalish keluar bersama menenangkan fikiran.

Baru tersedar sudah lama kami tidak keluar bersama selain membeli-belah dan balik kampung...

Berkorban itu perbuatan mulia tetapi jangan sampaikan benarkan diri terkorban...

8 comments:

  1. Sesekali bahtera rumahtangga akan dipukul badai..itu untuk menguatkan ikatan kekeluargaan kita. Namun jangan membuat keputusan dalam keadaan yang tidak tenang. Bertenang, insyaAllah dalam ketenangan akan ada jalan keluar yang terbaik. Mohon do'a pada Allah selalu.

    ReplyDelete
  2. Kak Tirana,

    terima kasih atas ingatan.

    ReplyDelete
  3. ....bukan senang mahu membina keluarga...dan bukan mudah juga mempertahankan yang telah dibina...

    Sebaliknya...kalau mahu meruntuhkan, mudah amat!

    Semoga Allah pelihara keluarga kita. Amin.

    ReplyDelete
  4. apa2 yg terjadi bersabar banyak2 k bapak..
    Allah always with us ;)

    ReplyDelete
  5. ckLah,

    insyaallah, semoga Allah pelihara keluarga kita. Amin. terima kasih ckLah

    ReplyDelete
  6. Ena,

    insyaallah Bapak akan banyak bersabar...

    ReplyDelete
  7. Biasalah tu bapak...

    sebenarnya...Allah bagi kita hujan dan petir...sebab nak hadiahkan kita pelangi...Harap Bapak faham maksud tu..

    Be strong...Kawan2 smua bg sokongan...

    ReplyDelete
  8. Kak Yan,

    Bapak tunggu pelangi tu. harap pelangi tu lama sikit, pasal nak ambil gambar...heheh

    terima kasih Kak Yan!

    ReplyDelete