Thursday, October 1, 2009

Sendawa Khalish

Bagi bayi empat bulan seperti Khalish, dia perlu ditepuk belakang badannya bagi memudahkannya proses sendawa setiap kali selesai menyusu.

Jika tidak mungkin bayi akan muntah ataupun tersedak susu.

Biasanya semasa ibunya menepuk belakang Khalish, beliau akan menepuk dengan lemah-lembut dan meransang Khalish sendawa dengan menyebut perkataan erk..erk..

Namun lama-lama lain pula jadinya, Khalish bukan cepat sendawa tetapi mula pandai mengajuk perkataan itu.

Erk...bukannya sendawa betul-betul tetapi hanya dibunyikan oleh Khalish. Apabila berhadapan dengan situasi itu, Bapak dan Orang Rumah Bapak hanya ketawa dengan gelagat Khalish apatah lagi mimik mukanya ketika itu selamba je..hehe


Selalunya kami tak mudah tertipu dengan taktik Khalish dan terus menepuk belakangnya. Kalau tak sendawa pun tak pa kerana selalunya dia akan sendawa sendiri kemudiannya apabila meniarap.

Sehari sebelum raya, oleh kerana barang-barang yang nak dibawa ke kampung agak penuh sampai perlu diletak di tempat duduk belakang, Khalish dan ibunya duduk tempat duduk hadapan.

Khalish perlu menyusu dan tidur di riba ibunya.Seperti biasa, selepas menyusu, dia akan ditepuk sehingga sendawa. Oleh kerana ini perjalanan panjang kedua Khalish selepas dia pulang ke Ipoh tempoh hari, dia tak berapa selesa. Beberapa kali dia cuba nak meniarap tetapi manalah ada ruang.

Sampai sahaja di rumah orang tua Bapak di Petaling Jaya, Khalish terus lena akibat keletihan. Namun sebaik sahaja terjaga, dia terus menangis tak henti-henti walaupun dipujuk semua isi rumah.

Puas dipujuk sampai dekat sejam pun tak mahu reda tangisannya, minum susu pun tak mahu. Mama syak Khalish kembung perut lalu disapu dengan minyak angin.

Khalish hanya senyap apabila 'angin' keluar di bawah.Mungkin Khalish tak sendawa bila ditepuk selepas minum susu dalam kereta tadi tetapi sekadar mengajuk perkataan erk...

Peristiwa ini jadi pengajaran, semoga Khalish tak ngelat lagi selepas ini dan ibu dan bapanya semakin peka dengan telatah dia...hehhe

No comments:

Post a Comment