Tuesday, September 1, 2009

Hadiah Buat Isteriku


Sebelum Ramadan, Bapak ada memenangi beberapa hadiah menerusi cabutan bertuah dalam majlis mesra dan makan malam yang disertai.

Antaranya yang terbesar ialah sebuah mini notebook jenama Lenovo. Memang tak sangka, namapun cabutan bertuah. Dah rezeki, orang nak bagi ambil je la..hehhe

Awal-awal lagi Bapak dah niat nak serahkan mini notebook kepada Orang Rumah Bapak. Malah lepas tamat majlis tersebut, Bapak terus hubungi beliau yang ketika itu masih berada di kampung untuk maklumkan perkara tersebut.

Oleh kerana Orang Rumah Bapak hanya baru 'kembali' ke pangkuan Bapak pada 25 Ogos lalu, penyerahan mini notebook tu hanya dapat dilaksanakan baru-baru ini.

Tengok gayanya punya suka Orang Rumah Bapak. Bolehlah beliau aktif berblog semula dan buat apa yang patut tanpa berebut PC dan laptops dengan Bapak lagi.

Anggaplah ia hadiah sempena ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan, kelahiran Khalish yang kebetulan semuanya berlaku Mei lalu. (Walaupun Bapak tak keluar sesen pun...heheh)

22 comments:

  1. amboii.. cabutan bertuah memang utk orang yang bertuah sahaja. hehe

    rezeki anak tuh !

    ReplyDelete
  2. wah! bertuahnye..mmg bertuah.

    err..aniberseri aku dah tak lama ni.nak lenovo jgak! hik3..

    ReplyDelete
  3. bestnyeee dapat laptop..saya pon maauuu!!!

    ReplyDelete
  4. tuah ayam nampak di kaki,
    tuah bapak dapat notebook free!

    ReplyDelete
  5. Kak Linda,

    yup, memang rezeki anak. Syukur...

    ReplyDelete
  6. Penyu Biru,

    insyaallah adalah rezeki lenovo tue, heheh...

    ReplyDelete
  7. Samm,

    cam iklan 'minuman tongkat ali' lak Samm ni..hehhe

    ReplyDelete
  8. Kak Zara,

    yup, sama2 dpt hadiah...

    ReplyDelete
  9. salam kenal..dan salam ramadhan..cayala..suami dan bapak mithali ni..yea kegembiraan org lain adalah kebahagiaan bagi kita..

    ReplyDelete
  10. Arsaili,

    salam kenal. terima kasih sudi ziarah 'rumah' Bapak..

    ReplyDelete
  11. Bapak,
    Wah.. tahniah2...hehe..

    ReplyDelete
  12. Desperado,

    tue la ajak gi bro segan. ramai member-member lain pun paling kurang banyak balik hamper..

    ReplyDelete
  13. Ana,

    terima kasih. rezeki Khalish tue..hehhe

    ReplyDelete
  14. Neorul,

    difahamkan organizer provide 3 jer mini notebook tue, semua dah kena sebat..heheh

    ReplyDelete