Saturday, August 22, 2009

Misi 1 Ramadan

Orang Rumah Bapak
Masjid Tanah
Melaka
--------------------------------------------------------------------
Bapak
Ipoh
Perak

22 OGOS 2009

TEMPOH CUTI TAMAT

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan pelepasan 100 hari yang diberikan kepada Orang Rumah Bapak mulai 12 Mei 2009 telah berakhir berkuatkuasa hari ini.

Sehubungan itu, Orang Rumah Bapak dan Khalish bakal dibawa pulang dari kampung di Masjid Tanah pada 23 Ogos 2009 dan Bapak dijadual tiba ke sana petang ini.

Orang Rumah Bapak dinasihat mulai berkemas dan menyiapkan Khalish sepenuhnya dari segi emosi dan fizikal untuk berada di dunia barunya di Ipoh.

Mengenai permohonan Ayah (Ayah Mertua Bapak) tempoh hari untuk melanjutkan cuti Orang Rumah Bapak dan Khalish sehingga Aidilfitri, Bapak dengan rendah diri tidak meluluskan permohonan itu.

Bagaimanapun, insyaallah kami akan pulang beraya pada tahun ini seawal 3 Syawal 1430 selain membawa Khalish melawat datuk dan neneknya sekurang-kurangnya dua bulan sekali.

Buat Ayah dan Mak Mertua serta keluarga di Melaka, Bapak ucapkan ribuan penghargaan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Bapak

16 comments:

  1. Mabruuk...
    Selamat berkumpul di Ramadhan yang mubarak. Mabruk Ya Akhi el kiraaam..

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat orang rumah bapak yang berjaya melepasi tempoh berpantang .

    So..buat Bapak, selamat berkumpul sekeluarga dan jaga bebaik isteri dan anak okeh .

    ReplyDelete
  3. Seronok dapat berpuasa bersama. Orang rumah dah ada tu barulah cukup korum..hehehheh SELAMAT BERAMADAN BUAT bAPAK SEISI KELUARGA.

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa. Tahun ni raya sebagai bapak lah yer!

    ReplyDelete
  5. Kak Linda,

    terima kasih. insyaallah Bapak akan jaga bebaik amanah ini...

    ReplyDelete
  6. Kak Alia :

    terima kasih. yup, baru rasa cukup korum. kalu tak, rasa kosong jer hidup ni..hehehhe

    ReplyDelete
  7. Abu Aiman :

    terima kasih. yup Syawal pertama sebagai bapa. teruja gak..heheh

    ReplyDelete
  8. Mengenai permohonan Ayah (Ayah Mertua Bapak) tempoh hari untuk melanjutkan cuti Orang Rumah Bapak dan Khalish sehingga Aidilfitri, Bapak dengan rendah diri tidak meluluskan permohonan itu.

    Apa SEBAB UTAMA permohonan ini tidak diluluskan...(padahal kalo aku pun wat camni...hehehe!)

    ReplyDelete
  9. DUN,

    jawapan ada pada gambar kt entry ni. tengok Khalish, time ibunya dukung elok jer, time Bapak, asyik nak melalak jer. (agaknye dia kata, sapa dukung Khalish nie..heheh)

    Bapak risau makin lama Khalish di kampung, makin confuse & tak kenal ayahnya..heheheh..

    ReplyDelete
  10. Amboi cute nye Khalish nangis. Rindu la tu ngan Bapak ya...

    Semoga berbahagia disamping anak dan isteri dan selamat menunaikan ibadah puasa.

    ReplyDelete
  11. Salam Bapak..

    Hmmmm.. Menyambut Ramadhan + Menyambut kepulangan ahli keluarga yang baru... :)

    Salam Ramadhan buat Bapak seisi keluarga..

    p/s - comel Khalish "mencebik".. Geram je nengok.. rasa macam nak buat dia nangis je.. huhu..

    ReplyDelete
  12. Kak Zara,

    terima kasih. tak tau la Khalish nangis sebab rindu kat ayahnyer atau atuk & neneknyer..hehhe

    ReplyDelete
  13. Kak Isma,

    terima kasih. bab mencebik memang comel, tapi kalau boleh janganlah buat Khalish nangis. sebab walapun mulutnya kecik tapi suaranya kuat, susah nak pujuk...heheh

    ReplyDelete
  14. cukup, cukup, cukupla seratus hari dah tu....cuti apa lama-lama......bos kalau tiada pembantu mana jadi....haru la....

    ReplyDelete
  15. Abu Muaz,

    heheh...mana nak dpt 'bos' cam Bapak ni kasi cuti sampai 100 hari...heheh...

    skrg ni life lebih tersusun sejak kehadiran semula Orang Rumah Bapak di rumah nie...heheh

    ReplyDelete