Wednesday, July 15, 2009
Tiga tahun Bapak di sini...
Hari ini genap tiga tahun Bapak menjadi warga Perak, lebih tepat lagi Ipoh.
Walaupun Bapak kelahiran Teluk Intan, namun Kuala Lumpur dan bandar raya satelitnya, Petaling Jaya mewarnai sebahagian besar kehidupan kanak-kanak dan remaja Bapak.
Oleh itu, penerimaan surat pertukaran lokasi tempat kerja dari Ibu Pejabat, Kuala Lumpur ke Ipoh mulai pertengahan Julai 2006, bagaikan sireh pulang ke gagang buat Bapak.
Memang dari sejak kecil, Bapak punya impian untuk berbakti di tanah kelahiran dan syukur kepada Allah, ia dimakbulkan.
Tiga tahun sudah berlalu, Bapak datang ke sini dengan status bujang tetapi kini sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Bapak juga sedar tidak selamanya di Perak dan kini Bapak bersedia menerima sebarang kemungkinan termasuk penghijrahan ke negeri-negeri lain...
Oklah, mari kita layan lagu Perak Darul Ridzuan.
Fakta ringkas lagu Perak Darul Ridzuan
----------------------------------------------------------
- mula didengarkan pada Program Setia Bersama Rakyat (Semarak) di Pasir Salak, Kampung Gajah pada 1988.
-program itu dirasmikan oleh Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Mahathir Mohamad (sekarang Tun)
-Menteri Besar Perak pada ketika itu ialah Tan Sri Ramli Ngah Talib
-sebab lagu ini dah berusia 21 tahun, ada beberapa info dalam liriknya tidak relevan dengan suasana sekarang.
Antaranya : -
a) Kegiatan ekonomi Kinta yang meliputi Ipoh, Batu Gajah dan Gopeng tidak lagi berteraskan bijih timah. From tin mines to MIND industries...
b) Sebahagian besar Hutan Simpan Kekal Belum, Hutan Temenggor dan Hutan Simpan Gerik yang terletak di Hulu Perak telah diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum pada 3 Mei 2007.
c) SITC di daerah Batang Padang sudah dinaik taraf sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1997.
d) Perak kini sudah bertambah satu daerah baru iaitu Kampar sejak Mei 2009. Sebelum ini ia merupakan sebahagian daripada Kinta.
bolehla jd tour guide..hehe
ReplyDeleteKlinda suka Perak . Ada memori tersendiri . Pastu yang best sekali .. asal dok Perak mesti mengandung or asal mengandung mesti dari Perak ! boleh gitu ?? hahahaha
ReplyDeleteAku bangga jadi rakyat perak...
ReplyDeleteAku nak lantik bro jadi Officer la dlm Muka Buku Anak Perak.. k.
Oooooooo...
ReplyDeleteBapak orang Teluk Intan ke asei nye.....
Idok le teman tauuuuuu....
Sekapei ghopenye kite Yoeb.....
Bila-bila rasa nak balik TI, singgahle rumah ckLah....
Semangat Perak yg tinggi bro...syabas! Bangga gak jd anak Perak...
ReplyDeleteDi mana-mana negeri pun kita boleh cari makan, asalkan pandai membawa diri. Ipoh, nice place... I like it too.
ReplyDeleteWan,
ReplyDeletejadi tour guide? bole, bole..xde hal punyer.
welcome to Ipoh..hehhe..
Kak Linda,
ReplyDeleteari tue Kak Linda & family ada cuti2 malaysia kat Perak kan? dah berisi ker? heheheh...
Krasz,
ReplyDeleteJadi officer Muka Buku Anak Perak. ok, aku cubalah berkhidmat sebaik mungkin.
apa bidang tugasnyer bro?
CkLah,
ReplyDeletememang Bapak asei TI.
dah dijemput, ada rezeki sampailah Bapak umah CkLah..hehhe
umah CkLah dekat2 ngan umah Nor Umairah Ahmad Jamhari..hhehe
DUN,
ReplyDeletememang bangga jadi anak Perak. camner life kat Gopeng? dah tengok paip lama tue, dengar ceta tak lama lagi nak ditanggalkan...
Kak Zara,
ReplyDeletebetul tue, muka bumi Allah ni luas. rezeki ada di mana-mana...
Bapak org Tluk Intan eeh..
ReplyDeleteBaru tau...
p/s Dah lama tak tak g Perak sejak Opah ngan atuk ninggal..
Insyaallah, satu ari nnti pegi ..
Orang Perak rupanya..hehehe..kita sama senegeri lah nampaknya. Kak tirana berasal dari Tg Piandang
ReplyDeletedah stabil ke perak skang ni dgn isu politik?
ReplyDeleteKak Yan,
ReplyDeletearwah Opah ngan atuk Kak Yan dulu dok kat ner?
jemputlah datang ke Perak..heheh
Kak Tirana,
ReplyDeleteYup senegeri kita rupanye..heheh..
Tanjung Piandang kat ner kak, kat Ban Pecah ker?
Mr. PenyuBiru,
ReplyDeleteisu politik?? heheh...
senang ceta, orang kita nie selagi ada bulan & matahari mana boleh berhenti berpolitik...
senang je..
ReplyDeleteload pic ke... buat la forum ke
Krasz,
ReplyDeleteorait