Wednesday, July 29, 2009

Corat-coret Bapak

Bermula kira-kira seminggu lalu, Bapak kalut sedikit, entah lah apa nak dibuat asyik tak menjadi jer...

Sebab risau senario ni akan berlanjutan, kesempatan off day pada Sabtu lalu dijadikan platform Bapak untuk munasabah diri dan mengatur kembali rutin hidup. Kemudian satu persatu Bapak selesaikan, alhamdulillah setelah empat hari (hari ini), ia semakin selesai dan kembali normal seperti biasa.

Oklah, beberapa hari lalu, Khalish yang baru berusia dua bulan mula belajar kemahiran asas untuk meniarap iaitu terbalikkan badan. Orang Rumah Bapak yang masih berada di kampung ada MMS foto pertama kali Khalish melakukan kemahiran itu.
Pertama kali Khalish meniarap pada 6.30 pagi, 24 Julai 2009

Walaupun sudah boleh meniarap, kepala Khalish sebenarnya masih tak tegak sepenuhnya dan ia agak merisaukan kerana risiko mukanya tersembam ke lantai atau tilam mahupun bantal setiap kali meniarap. Tapi nampaknya Khalish ada penyelesaiannya sendiri, dia menggunakan tangan kanan untuk memangku mukanya..Good boy..hehehh...

Menurut Orang Rumah Bapak, sejak itu, berkali-kali Khalish berlatih dan menguji kemahiran baru itu. Tersengih Bapak, ia bagaikan terapi berharga buat Bapak...

Tapi sejak semalam, Khalish macam sudah kurang berminat terbalikkan badan. Dia ada hobi baru, suka bersuara tak henti-henti. Apabila Ibu, Atuk dan Neneknya melayannya, Khalish memberi respon membalas walaupun dalam bahasa tidak difahami.
Khalish semakin petah bersuara walaupun dalam bahasanya sendiri...

Orang Rumah Bapak sudah mula mengajar perkara asas kepada Khalish seperti "Ini bunga raya, warnanya merah" sambil menunjukkan bunga raya yang terdapat di halaman rumah dan anak sulung Bapak ini akan memberi respons seolah-olah mahu mengajuk apa yang dituturkan ibunya..heheh

Kadang-kala apabila Khalish berseorangan, dia petah bersuara seolah-olah sedang berkomunikasi dengan seseorang. Mak Mertua Bapak kata, Khalish sedang berbual dengan kakaknya (uri)..betul ker..heheh...

26 comments:

  1. Ala..comelnya !

    Wah.. baru 2 bulan dan pandai tiarap ? memang bijak , macam bapak dia . heheh

    Klinda suka peluk baby, sbb ia satu terapi yang menenangkan jiwa dan rohani . Apatah lagi disekeliling dia banyak malaikat . so.. rasa aman dan tenteram yang sukar untuk digambarkan ..

    Yup ! orang2 terdahulu kata, kalu baby boy dia bersama 'kakak' dan baby girl bersama 'abang' . sebab tuh kekadang dia gelak lah.. dia cemeklah ... dia nanggislah.. kan kan...

    ReplyDelete
  2. Salam Bapak,
    Wah comelnya Khalish! Sekejap je rasanya, dah dua bulan! Cepat betul masa berlalu! Kalau Khalish tu dok bercakap dalam bahasa dia sendiri, layan je! Biar dia cepat bercakap betul! Cakap je seolah-olah kita faham apa yang dia cakap! Lagi satu, bagus untuk merangsang perkembangan minda dia! Kalau nak cakap Bahasa Inggeris pun boleh! So bila dia besar dia petah cakap BI!

    ReplyDelete
  3. cepatnyer.. kagum2

    ReplyDelete
  4. Wahhhh..advance ye khalish...moga jadi anak yang cerdik..teruskan memberi ransangan dan galakan.

    ReplyDelete
  5. Bapak...

    seronok woooo layan baby nih...Kdg2, kita pun jadik mcm baby tau.. terikut2 dia...

    Dan acara kuak menelangkup tu amat baik tuk keluarkan angin dalam perut...Sila maklum yg bby mudah kena kembung..

    Dan..

    teruskan slalu bercakap2 ngan baby tu..bagus tuk minda dia...

    ReplyDelete
  6. Tahniah bapak. Anak tu rezeki. Ingat masih ramai orang yang lama kahwin tapi masih tak dapat anak.

    ReplyDelete
  7. itulah yang bestnye jadi parent nie..Budak2 nie mmg tidak pernah menjemukan..keletah diaorangla sebenarnya pengikat kasih sayang suami isteri yg paling berharga..

    Tak ada anak2 sebuah perkahwinan boleh menjadi hambar..Semoga menjadi ayah yg terbaik buat anak2 dan suami yang terbaik jugak hehehe

    ReplyDelete
  8. Kak Linda,

    Bapak pun suke peluk baby gak..heheh. tapi Khalish sekarang nie jauh dari Bapak, xleh peluk selalu...

    ReplyDelete
  9. Kak Myza,

    insyaallah kami akan sentiasa ransang perkembangan minda Khalish

    ReplyDelete
  10. Hanis,

    Bapak pun terkejut, bebudak sekarang...heheh

    ReplyDelete
  11. Kak Tirana,

    insyaallah Bapak akan terus jalankan tanggungjawab rangsangan & galakan positif kepada Khalish

    ReplyDelete
  12. Kak Yan,

    o...baru Bapak tahu aktiviti telangkup tue leh keluarkan angin dalam perut. Kalu camtue Bapak pun nak buat lah..heheheh

    anyway thanks atas info tue

    ReplyDelete
  13. Pak Muaz,

    terima kasih. insyaallah Bapak akan jaga amanah nie bebaik

    ReplyDelete
  14. Kak Zai,

    terima kasih. Bapak baru nak belajar jadi seorang bapa, harap dipermudah hendaknya...

    ReplyDelete
  15. Tahniah..tahniah... kut-kut khalish dok menyebut dlm bahasa yang tak difahami..

    "Khalish nak adik. Adik lelaki ka pompuan ka..tak kisah!"

    hehehhe. Dah boleh tunaikan hajat khalish tu...

    ReplyDelete
  16. Khalish anak comel yang pintar dan cepat belajar. Seronok dapat bermain-main dengan bayi kecil ni. Terhibur dibuatnya.

    ReplyDelete
  17. Salam Bapak..

    Wah.. besar dah Khalish... Comel pulak tu.. and.. dah nampak iras Bapak la!!

    Alhamdulillah.. seronok hati melihat Khalish yg semakin bijak..

    ReplyDelete
  18. salam singgah.
    Memang seronok tengok perkembangan baby... Enjoy every moment!

    ReplyDelete
  19. samalah saya sejak dua menjak nih bila nak melukis atau nak buat karya terbaru asyik tidak menjadiiii saja..geraaaaaaammm yang amattt...seperti tangan saya nih dah takleh melukis dah..aghhhhh gerammmmmm! tapi saya akan cuba berusaha..insyaAllah...alahai anak encik bapak tuh comelnyeeer......

    ReplyDelete
  20. Azlanlin,

    Khalish baru dua bulan bro, hehehe...

    bab2 adik baru nie, Orang Rumah Bapak sensitif bebenor, katanya trauma melahirkan ari tue pun tak abis hilang lagi..heheh

    ReplyDelete
  21. Kak Zara,

    memang terhibur tengok keletah Khalish, tak sabar nak tunggu dia balik Ipoh..

    ReplyDelete
  22. Kak Isma,

    ye ker ada iras Bapak? masa lahir memang lah ramai kata iras Bapak tapi bila dah besar skt orang kata banyak menyerupai ibu dia kecuali matanya yang sepet cam Bapak..heheh

    ReplyDelete
  23. Abu Aiman,

    terima kasih singgah!

    ReplyDelete
  24. Samm,

    Bapak tahu, nak masuk pertandingan, idea nak ada, tapi tak leh lukis kan? hehhe.. sabar & tenang Samm...

    kita sama2 usaha lepasi 'tembok' tue ok?

    ReplyDelete