Tuesday, May 5, 2009

Alone but I'm not single

Kandungan bayi sulung Bapak kini sudah berusia kira-kira 37 minggu. Insyaallah dalam tempoh kurang 15 hari lagi bayi ini akan melihat dunia.

Sejak awal kehamilan lagi,Orang Rumah Bapak sudah menyatakan hasrat mahu melahirkan zuriat pertama ini di Melaka seterusnya menjalani tempoh berpantang di rumah Ibu dan Ayah Mertua Bapak di Masjid Tanah. Bapak faham kewajarannya dan merestuinya.

Oleh kerana harinya semakin hampir, kami bersiap-siap dan semua kelengkapan bayi yang sudah dibeli disumbat di dalam bonet kereta lalu kami pun bergerak menuju ke kampung halaman.

Orang Bapak sebelum bergerak pulang ke kampung

Bapak dan Orang Rumah Bapak bermalam dahulu di rumah Orang Tua Bapak di Petaling Jaya bagi memohon restu sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka keesokan harinya.

Berdasarkan sejarah perubatan keluarga Orang Rumah Bapak dan maklum balas daripada kawan-kawan, kami sepakat untuk memilih perkhidmatan Hospital Pakar Putra, Melaka.

Temu janji pemeriksaan kesihatan ibu dan bayi pertama dan kedua dengan doktor, Datuk Dr. Khoo berjalan lancar. Cuma Orang Rumah Bapak dinasihatkan mengawal paras gula dalam darah berikutan sejarah keluarga yang mempunyai diabetes.

Pada pertemuan kedua, Bapak telah membawa Orang Rumah Bapak meninjau Wad Bersalin hospital berkenaan bagi mengurangkan rasa takut dan berdebar-debarnya. Doktor kata ia emosi normal bagi seorang wanita yang pertama kali mahu melahirkan.


Kini Bapak sudah selamat pulang ke Ipoh berseorangan. Inilah rutin yang perlu Bapak lalui sampai Ogos depan sehingga Orang Rumah Bapak selesai menjalani tempoh berpantang. Hidup bujang but I'm not single.

Tapi bukan itu yang Bapak kisahkan sangat, ada perkara lain yang lebih penting terngiang-ngiang di kepala Bapak sekarang ini. Kebanyakan berkaitan Orang Rumah Bapak dan bayi serta mampukah Bapak bersama di sisi pada saat-saat bersejarah itu..

Cuma Bapak teringat pesanan Ayah Mertua ketika mencium tangannya sebelum pulang ke Ipoh.

"Jangan risau sangat. Insyaallah semuanya akan selamat," katanya seolah-olah boleh membaca fikiran Bapak. Maklumlah termasuk seorang yang meninggal, enam orang anaknya.

13 comments:

  1. Bapak..do'a banyak2 biar semuanya selamat...

    Seronok ape jadi orang bujang..hehehe...enjoy puas2, nanti bila isteri dan baby balik ke rumah bapak, masa tu..tentu sibuk melayan mereka...

    ReplyDelete
  2. Bapak: tahniah bakal menjadi seorang bapa... cahayamata menyerikan suasana rumahtangga....

    ReplyDelete
  3. Saya dah lalui semua tu...malah lebih menakutkan sebab saya yang nak bersalin...Mcm-mcm hal masa tu.

    Tapi, bapak jgn risau. Insyaallah, semuanya slamat. . Tak kira call..atau datang jenguk slalu...dah cukup utk bagi satu semangat yg cukup kuat yang tak mungkin bapak sangkakan....Semangat bapak penting utk isteri...

    ReplyDelete
  4. Kak tirana, sonata & arryani :

    terima kasih atas doa dan nasihat yang diberi. Bapak amat menghargainya.

    ReplyDelete
  5. Bapak,
    InsyaAllah semuanya akan selamat. Doa banyak2 ek.

    ReplyDelete
  6. Didoakan semoga semuanya selamat...ingat Allah selalu...paling best berada di sisi isteri ketika saat melahirkan...tengok sendiri proses kelahiran...isteri akan lebih kuat!

    ReplyDelete
  7. Joe : due datenya 20 mei ini. insyaallah

    Ana & DUN : terima kasih, Bapak ingat pesanan itu. Memang Bapak berharap sangat dapat bersama di sisi Orang Rumah Bapak ketika saat2 kelahiran

    ReplyDelete
  8. Salam Bapak..

    Hmmm.. tengah berdebar2 yea.. kami disini semua menanti dengan doa yang tak putus2.. semua segala2nya berjalan dengan selamat.. Insya Allah..

    Jangan fikir yang buruk.. ingat baik2 saja..
    :)

    ReplyDelete
  9. Zamz & Kak Isma : terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Bapak.....
    Tahniah....
    Teknik penceritaan yang berkesan.....menggambarkan bapak benar-benar turut menjiwai segala rentetan peristiwa itu....




    Tentu terharu kalau isteri bapak membacanya....

    ReplyDelete
  11. ckLah,

    terima kasih.

    Terharu terima pujian daripada seorang guru Bahasa Melayu..hehhe.. Bapak cuma luahkan apa yang terbuku jer..

    ReplyDelete