Wednesday, March 25, 2009

2 + 1























"Encik. Boleh ambil gambar pose cam ni?," kata Orang Rumah Bapak kepada seorang jurufoto sambil menghulurkan satu keratan akhbar sambil tersenyum simpul.

Keratan akhbar itu memaparkan pose Erra Fazira yang tengah sarat mengandung dipeluk dari arah belakang oleh suaminya, Engku Emran.

"Bole..bole...kalau nak buat pose macam ni...(terdiam sekejap, macam tengah berfikir), buat macam ni," balas jurufoto itu sambil tersengih-sengih.

Bapak yang berada di sebelah Orang Rumah Bapak cuma diam. Sebenarnya kami sedang berada di studio untuk melakukan sesi fotografi baru-baru ini.

Sesekali setelah melihat balik keratan akhbar tersebut beberapa kali, jurufoto tersebut cuba membetulkan gaya dan kedudukan Bapak dan Orang Rumah Bapak.

"Ok..ok, bagus..tapi u besar sikit daripada husband Erra..bole cover sikit tak..hehehe," usik jurufoto Tiongwha itu kepada Bapak yang cuba control macho.

Setelah beberapa snaap, sesi fotografi yang diadakan lewat petang itu selesai dan Orang Rumah Bapak tak henti-henti tersenyum sepanjang perjalanan kami pulang ke rumah.

Sebenarnya ia dilakukan untuk merealisasikan salah satu 'Golden Dream' Orang Rumah Bapak. Sejak di awal perkahwinan lagi, beliau sudah menyatakan hasrat untuk mengabadikan pengalaman dan memori hamil anak sulung di dalam sebuah potret keluarga.

Dan apabila bingkai potret tersebut diambil tiga hari kemudian, Orang Rumah Bapak jelas tersenyum gembira tanda berpuas hati dengan hasil kerja berkenaan.

Bapak pun tersenyum..dalam hati berkata, 'fotogenic' juga aku ni.. hahhahah... (apahal gambar tu dah diedit tahap dewa..hehehe).

Tak taulah apa reaksi Baby (panggilan Bapak pada bayi sulung Bapak yang sedang membesar dalam rahim Orang Rumah Bapak sekarang ni) apabila melihat bingkai potret tersebut yang kini tergantung di dinding ruang tamu apabila dia lahir dan besar nanti.

Apapun kami mahu dia tahu dan faham ia simbol perkembangan keluarga yang ibu dan ayahnya bina dengan izin Allah dan restu kedua belah keluarga sejak 31 Mei 2008...




19 comments:

  1. Bapak,
    Wah.wah.. fotogenik ye.. Tahniah untuk bapak n wife..

    Semoga bahagia k n kim salam ngan wife aa..

    (Comel je tengok orang pregnant ni.. Seri ibulah katakan..hehe..)

    ReplyDelete
  2. wah sangt romantikkkkk....tahniah tahniah.......

    ReplyDelete
  3. salam ...


    moga bahagia bersama isteri dan anak bakal dilahirkan

    ReplyDelete
  4. salam kenal - Bapak muda + isteri Bapak = comel anak Bapak...

    Bila due tu...tahniah bakal Bapak...seronok kan?Bapak dah bersiap sedia?

    ReplyDelete
  5. catz mafia, samm, pB : terima kasih.

    sonata anak kancil : terima kasih gak. insyaallah due 20 Mei depan. persediaan fizikal on progres, dah buat sikit2. persediaan mental dan kerohanian, sedang berusaha agar lebih bersedia menjadi bapa.macam2 perasaan bila menghitung hari nak terima amanah ni...

    ReplyDelete
  6. Jaga bebaik isteri Bapak...hati2 bila berjalan...tengok atas bawah, bimbang terjatuh / tersampuk batu dll...sonata dah lama'pencen'

    ReplyDelete
  7. hehe mesti encik bapak berdebar sekarangkan.dup..dap..dup...dap...apalah rasanya yah menjadi seorang ayah? tentu best.....: )

    ReplyDelete
  8. Teramat sukanya saya tengok gambar tu. Teramat cantiknya pose tu. Dan teramat romantik nye pasangan tu.heheh

    ReplyDelete
  9. wah sweetnya gambar tue...
    selamat menjadi bapak..

    ReplyDelete
  10. tahniah ya..moga kesihatan orang rumah bapak baik-baik sahaja..=P..

    ReplyDelete
  11. ikhares, arryani, lea & syahidah : terima kasih. doakan yang terbaik untuk Bapak sekeluarga yer. romantik ker? heheh

    ReplyDelete
  12. Sejujurnya rambut bapak lg ensem drp rambut laki erra tu...golden dream yg menarik!

    ReplyDelete
  13. Baby kat dalam perut tu tentu tersenyum dengan gelagat bapak dan isteri bapak dok berposing..hehehe..apapun tahniah..semoga dapat baby yang cantik dan comel..

    Salam kenal..terimakasih kerana menjenguk blog kak tirana...terimakasih juga kerana sudi menjadi pengikut...

    ReplyDelete
  14. congrats utk bapak dan org rumah bapak.. :D

    ReplyDelete
  15. Moga-moga impian akan terlaksana... bersedia dengan segala kemungkinan.. Ada kemingkina jadi "anak bapak" macam cerita madu 3? Anak Bapak...

    ReplyDelete
  16. Haha.. suke laa tgk pasangan bahagia bapak dan org rumah.. hehehe... cantik tul foto tuh!~ Tergezut... Td ingatkan gmbr model mane.. hehe.. :p

    ReplyDelete
  17. Farra,

    terima kasih...kenangan tue, sekarang ni Khalish pun dah lahir

    ReplyDelete