Di Ipoh, kami tiada tukang jahit khas, biasanya Orang Rumah Bapak menempah baju di Pasar Besar Ipoh. Senang, lepas habis urusan dengan tukang jahit, kami terus masuk ke dalam pasar, beli ikan dan barang basah..heheh...
Ini kali pertama Ilhan masuk pasar, bulat matanya menumpukan perhatian kepada objek yang pertama kali dilihat. Khalish dulu semasa belum beradik, pernah beberapa kali di bawa semasa kami memberi barang keperluan di Pasar Besar Ipoh yang dahulunya juga lokasi Super Kinta.Tapi biasanya Bapak pergi sendiri ke pasar, Orang Rumah Bapak tunggu sahaja di rumah. Itu budaya ayah dan ayah mertua yang menurun ke Bapak...
Cerita pasal tempah baju raya maksudnya tak lama lagi nak puasa. Bulan Ramadan kali ini agak berbeza kerana ayah mertua dan mak mertua bercadang untuk menunaikan umrah sebulan sepanjang bulan puasa.
Insyaallah kami akan menghantar mereka di KLIA pada 28 Jun ini.... Ayah mertua dan mak mertua dijadual pulang ke tanah air pada 2 Syawal.