Translate

Sahabat Bapak

Saturday, March 19, 2011

Ini baru musical comedy! - Afdlin Shauki

Tuesday, March 8, 2011

Family Breakfast Box

Ilhan kini sudah berusia 4 bulan. Dia sudah boleh meniarap dan bergolek-golek. Kadang-kadang Ilhan berlawan siapa paling nyaring menjerit dengan abangnya, Khalish.

Dalam lawatan di klinik desa terbaru, berat Ilhan sudah 7 kg. Oleh kerana awal pagi dan Khalish masih belum sedar dari tidur, Orang Rumah Bapak sendirian memandu bersama Ilhan ke klinik desa yang letaknya tak sampai 3 km dari rumah.

Apabila Khalish tersedar, Bapak memandikan dan menyiapkan dia kerana sebaik sahaja Orang Rumah Bapak dan Ilhan kembali ke rumah setelah selesai urusan, kami hendak bersarapan di luar. Sesuatu yang jarang dibuat kerana Bapak lebih gemar bersarapan di rumah..hehhe..
Kami bersarapan Family Breakfast Box di Mc Donald. Bagi Khalish hash brown, pancake, memang kesukaan dia..Tak tolak walaupun sekarang dia dah mula memilih makanan...

Orang Rumah Bapak selalu gak buat pancake tuk Khalish, tuk Bapak lempeng je la tapi kena ada sambal bilis baru kick! heheh...
Bapak minum teh, Orang Rumah minum kopi, Khalish minum air kosong, Ilhan minum susu ibu sahaja...heheh...

Monday, March 7, 2011

Khalish : Racun & Penawar

Sejak beberapa hari lalu, Bapak rasa penat...penat mental, emosi dan fizikal...

Macam tak larat ngadap peel Khalish yang setiap malam ngamuk dan menangis tak tentu pasal biarpun halnye kecil je. Makin dipujuk makin kuat lalakannya, tak dipujuk tangisan tak berhenti-henti sampai ke pagi. Siap buat aksi-aksi badan yang dibimbangi membahayakan dirinya.

Ilhan yang baik perangai tengok je aksi abangnye dari jauh...

Yela Khalish baru berumur setahun 9 bulan, sebutan pertuturan tak berapa nak betul lagi. mungkin itu cara dia nak tarik perhatian dan tunjuk ekspresi diri tapi Bapak yang sudah sedia penat dengan faktor-faktor luaran, rasa-rasanya makin berada di tahap stress...

Apapun kekalutan ini perlu diselesaikan segera. Semalam Bapak isi borang cuti, seminggu mulai hari ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails