Translate

Sahabat Bapak

Friday, January 28, 2011

Dua budaya Asia bersatu

Baru-baru ini Bapak menerima jemputan makan malam oleh 'Insan Baik Hati' (IBH) di sebuah restoran masakan Thailand yang agak terkenal di Ipoh ni. Bukan Bapak seorang je, ramai lagi jemputan yang hadir.

Sebenarnya bukan pertama kali Bapak menjamu selera di restoran tersebut yang berpengkalan di negara asalnya, Thailand. Kalau tak silap ini kali keempat cuma di cawangan lain yang turut berada di bandar raya ini.

Saat makanan dan menu siap disaji, ia dihidangkan pelayan-pelayan yang dipercayai dari Bangladesh. Tercenggang Bapak sekejap, bukan apa canggung sikit sebab restoran tersebut memang 'pure' Thailand.
"U nak tahu tak, masa I makan kat cawangan restoran sama di Bangkok (Thailand) beberapa bulan lalu, pelayan-pelayan pun Bangla juga. Emm..makanan di sini not bad, lebih kurang sama dengan di Bangkok," kata IBH itu memecah suasana.

"oic," balas Bapak pendek.

Pelayan je Bangladesh, bos dan tukang masak tetap 'pure' negara gajah putih tu...

Bestnye makan mentarang!

Sejak mula merasainya di Kuala Perlis pada 2006, Bapak mula mencintai siput mentarang. Malah setiap kali menjamu selera di Kuala Perlis, mentarang dicari dahulu..kadang ada, kadang tiada..hehe..

Bapak selalu cerita tentang keenakan mentarang kepada Orang Rumah Bapak tetapi beliau tidak pernah sekali punmenikmatinya. Ia kerana kunjungan terakhir kami ke Kuala Perlis pada pertengahan 2008, bekalan mentarang kebetulan tiada.

Memang mentarang mentah ada di jual di Kuala Selangor dan sekitarnya tapi untuk ulang-alik sejauh lebih 400 km dari rumah semata-mata untuk membeli makanan laut itu, Bapak rasa tak berbaloi..heheh...
Kelmarin semasa menjalankan tugas membeli barangan basah di Pasar Besar Ipoh, Bapak perasan ada sebuah gerai menjual mentarang. Kebetulan minggu ini menu bertemakan ikan dan makanan laut.

Bapak segera menghubungi Orang Rumah Bapak untuk melobi agar satu menu digugurkan dan diganti dengan mentarang. Oleh kerana kuasa membeli di tangan Bapak, mahu tak mahu terpaksalah Orang Rumah Bapak setuju...heheh...

Sampai di rumah Bapak menyerahkan bakul yang turut berisi mentarang.

"Nak masak apa mentarang ni?," tanya Orang Rumah Bapak.

"Er..apa-apa la, tengok je resepi kat internet. Mentarang tu masak besok ye, menu dalam list yang sepatutnya esok tu tunda ke hari Sabtu," balas Bapak selamba...heheh

Thursday, January 27, 2011

Domino's Pizza dah ada kat Ipoh

Sewaktu merasmikan cawangan restoran Domino's Pizza ke-50 di Gunung Rapat, Ipoh baru-baru ini, Ba U Shan-Ting memberitahu tiga cawangan Domino's Pizza di bandar raya tersebut yang baru dibuka pada penghujung tahun lalu merupakan rangkaian restoran berkenaan yang tersibuk di Malaysia.

Maksudnya, ramai giler orang Ipoh serbu nak rasa Domino's Pizza macam pisang goreng panas. Fenomena itu tak menghairankan jika dilihat sambutan yang pernah diterima restoran Burger King semasa mula-mula dibuka di De Garden dulu. Siang malam penuh dengan umat...
Shan-Ting itu Ketua Pegawai Operasi Dommal Food Services Sdn. Bhd, pengendali rangkaian restoran Domino's Pizza yang bertapak di negara ini sejak 2002.

Bapak ingat lagi masa mula-mula sampai Ipoh pada pertengahan 2005, restoran makanan segera tak begitu banyak. Contohnya KFC cuma ada di Tesco, JJ, Jalan Dato' Onn Jaafar, Gunung Rapat dan McDonald cuma ada di JJ.

Selepas itu baru muncul satu-persatu restoran makanan segera kecuali Nando's, A&W dan Shakey's masih belum bertapak di Ipoh sehingga kini.

Berbalik tentang Domino's Pizza, Bapak antara penduduk bandar raya ini yang menerima baucer untuk mencuba pizza restoran itu dengan percuma.

Semalam Bapak redeem baucer itu di cawangannya di Silibin. Tak adil rasanya untuk membandingkannya walaupun lidah Orang Rumah Bapak dan Khalish masih lebih serasi dengan Pizza Hut.
Cuma Bapak nak komen tentang serbuk cili yang diberi sebagai pengganti sos cili. Kalau boleh jangan campur dengan biji sekali, takut appendiks dibuatnya...hhehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails