Translate

Sahabat Bapak

Sunday, December 12, 2010

Kelantan juara Piala Emas Raja-Raja 2010

Kelantan muncul juara Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 menewaskan Kedah dalam penentuan penalti semalam.

Berbanding baru pertama kali memenangi Piala Malaysia baru-baru ini, ini kejuaraan ke-14 buat Kelantan dalam Piala Emas Raja-Raja. Pasukan Pantai Timur ini mula merangkul piala tersebut pada 1957.

Malah dalam tempoh enam tahun semenjak 2005, Kelantan berjaya melangkah lima kali ke perlawanan akhir dan menang empat daripadanya.

Sejarah Piala Emas Raja-Raja bermula apabila Prince of Wales pada masa itu melawat tanah jajahan British di sebelah Timur termasuk Tanah Melayu dan Singapura pada 1922.

Sebagai meraikan kedatangan kerabat diraja British yang bertaraf Raja Muda itu, pelbagai acara diadakan termasuk pertandingan bola sepak melibatkan negeri-negeri Melayu.

Sebanyak 10 negeri Melayu termasuk Singapura terlibat. Begitupun Pahang dan Perlis tidak menghantar penyertaan. Kejuaraan pertama milik Kedah yang menewaskan Johor pada perlawanan akhir.

Kejayaan menganjurkan kejohanan bola sepak itu memberi ilham kepada Malayan Agri-Horticultural Association (MAHA) untuk menganjurkan pertandingan bola sepak melibatkan empat Negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1923.

Bagaimanapun Pahang tetap tidak menghantar wakil dan piala yang disumbang oleh empat sultan negeri-negeri tersebut dibolot Selangor selama tiga tahun berturut-turut.

Pada 1926, empat sultan terbabit menghadiahkan sebuah piala yang dinamakan Piala Emas Raja-Raja dan melibatkan semua negeri-negeri Melayu termasuk Singapura anjuran MAHA.

Edisi awal Piala Emas Raja-Raja cuma dianjurkan sebanyak lima kali iaitu 1926, 1927, 1930, 1935 dan 1938 dan juara pertamanya ialah Selangor.

Selepas Perang Dunia kedua, piala tersebut dihidupkan semula oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung (kini Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia) pada 1947.

Semua negeri pernah menjuarai Piala Emas Raja-Raja kecuali Melaka. Begitupun negeri Hang Tuah itu pernah sekali melangkah ke perlawanan akhir pada 1999 tapi tewas di tangan Tentera.

Tentera merupakan satu-satunya pasukan bukan negeri yang pernah merangkul piala itu sebanyak dua kali iatu pada 1984 dan 1999.

Oleh kerana antara tujuan untuk mencungkil bakat baru terutama di kalangan Melayu, setiap pasukan dibenarkan mendaftar lima pemain Liga Malaysia sahaja, sama ada Liga Super dan Liga Perdana dan hanya tiga daripada pemain itu dibenar diturunkan dalam satu-satu perlawanan.

Thursday, December 9, 2010

Kalaulah kejadian manusia seperti Scarlet Ibis

Semalam Zoo Taiping mengumumkan kelahiran seekor anak burung air dari spesies Scarlet Ibis.

Menurut Pengarah Zoo Taiping, Dr. Kelvin Lazarus, itu satu-satunya telur Scarlet Ibis yang berjaya menetas di zoo tersebut.

Ia hanya disedari kira-kira dua minggu lalu apabila anak burung air yang berasal dari Amerika Selatan dan Kepulauan Caribbean itu sudah ada di dalam sarang sebuah pokok di kandang 'Warna Amazon' di Zoo Taiping.

Bila Scarlet Ibis itu bertelur dan tarikh menetas tidak diketahui dengan pasti. Kata Kelvin, gerangan induk anak burung air itu juga sedang dikenalpasti menerusi ujian DNA.
Setakat ini Zoo Taiping mempunyai 12 ekor Scarlet Ibis termasuk anak burung yang baru menetas itu. 9 daripadanya baru ditempatkan di zoo terbabit kira-kira 4 bulan lalu setelah diperolehi menerusi program pertukaran haiwan untuk pembiakan dan konservasi.

Burung Scarlet Ibis berkenaan ditukarkan dengan rusa bintik.

Bulu Scarlet Ibis berwarna merah kejinggaan. Menariknya di habitat asalnya, pigmen merah kejinggaan itu diperolehi dari makanan ruginya, ketam kecil merah.
Warna merah pada kulit ketam kecil merah diekstrak semasa proses penghadaman lalu menjadikan bulu burung air tersebut kekal merah kejinggaan.

Jika kurang memakan ketam kecil merah, pigmen merah kurang diekstrak lalu menukarkan bulu Scarlet Ibis kepada putih secara beransur-ansur.

Sehubungan itu, oleh kerana ketam kecil merah sukar diperolehi di negara ini, pengurusan Zoo Taiping memberi Scarlet Ibis peliharaan memakan palet yang mempunyai pigmen merah.

Bayangkan manusia juga mempunyai kelebihan yang dimikili burung air itu? Rasanya habis tak laku barangan komestik terutamanya krim pencerah dan pemutih di pasaran..heheh...

Tapi apakah makanan yang sesuai untuk diekstrak warnyanya? Kapur kah? hheheh...

Wednesday, December 8, 2010

Kenangan berkhatan

Kagum sebentar Bapak apabila mengetahui doktor datang ke rumah untuk mengkhatankan anak jiran Bapak.

Bukan doktor klinik swasta tetapi doktor klinik kesihatan dan caj dikenakan pula amat berpatutan. Ingatkan doktor sanggup turun padang mengkhatankan budak apabila ada majlis khatan beramai-ramai sahaja.

Teringat Bapak semasa melalui proses kedewasaan sama hampir 20 tahun lalu. Bapak berkhatan bersama dua orang sepupu di sebuah klinik di Teluk Intan.

Kata-kata orang menakut-nakutkan bersunat itu sakit yang amat sangat, bedaah je.. upacara 'memotong' tu tak sakit pun, cuma ngilu masa doktor menyuntik ubat bius sahaja..

Namun apabila ubat bius tu habis, sakitnya mula berasa. Masa itu kami berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang dari klinik nak ke kampung ada kira-kira lebih 10 km.

Jalan Teluk Intan pada waktu tersebut bukan macam sekarang. Pada ketika itu keadaan jalan berlubang-lubang dan tak rata membuatkan kenderaan bagaikan melambung-lambung seperti menaiki bahtera di lautan.

Bayangkan dalam keadaan berhentak-hentak, betapa sakitnya kami menahan kepedihan sambil memegang kain pelikat sehingga sampai ke pintu rumah.

Seminggu baru kami baik sepenuhnya dan dah tak berjalan kengkang sambil memegang kain pelikat...sekarang ni rasanya dua hari lepas berkhatan dah boleh berlari kot.

Seorang saudara jiran Bapak yang berumur 50-an pula mencelah menceritakan pengalamannya berkhatan dengan tok mudim. Peralatan cuma batang pisang dan pisau belit. Hampir sebulan katanya baru nak baik...heheh...kalah kenangan Bapak lah cam nie...hehehh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails