Ahad ini Khalish genap dua bulan. Dia masih di kampung bersama ibunya yang memohon 'cuti' berpantang selama 100 hari. Kebetulan hari ke-100 itu jatuh pada 1 Ramadan, Bapak selaku suami 'mithali' berkemungkinan besar akan melanjutkan 'cuti' tersebut selama beberapa hari lagi..hehehBukan apa, ia bagi membolehkan kami menyambut awal Ramadan bersama kedua-dua belah keluarga.
Sebenarnya hari ini Bapak lega kerana telah menyelesaikan urusan dana pendidikan untuk Khalish. Pelan pilihan Bapak ialah Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful.
Fakta ringkas Takafulink Cerdik
Pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful yang merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan dan beberapa manfaat lain.
Niat Bapak agar Khalish dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tanpa kekangan kewangan. Tanpa perlu terlalu bergantung harap kepada pinjaman pelajaran mahupun ehsan biasiswa sekalipun...
