Alhamdulillah hajat untuk membawa ayah dan mak mertua berjalan-jalan ke Kuching, Sarawak akhirnya tercapai awal bulan ini.
Cadangan itu sudah tertangguh selama dua tahun kerana pada tahun, 2012, Bapak terpaksa bercuti lama gara-gara buku lali patah manakala tahun lalu pula anak-anak Bapak terutama Khalish asyik keluar-masuk hospital...
Rezeki itu tiba pada akhir tahun ini. Kami terbang ke Kuching dengan menggunakan perkhidmatan MAS. Ini pengalaman pertama Khalish dan Ilhan menaiki kapal terbang.
Punya teruja tetapi sepanjang penerbangan sejam 45 minit itu dihabiskan oleh dua beradik itu tersebut tidur. Yelah, sewaktu penerbangan pergi, mereka sudah dikejutkan pada pukul 5 pagi dan subuh-subuh kami sudah berada di KLIA bagi mengejar penerbangan pukul 8.05 pagi.
Sewaktu pulang pula, penerbangan yang dijadualkan pukul 4.25 petang terpaksa ditunda kepada pukul 6 petang gara-gara masalah cuaca. Tersadai hampir dua jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Sepanjang percutian 3 hari 2 malam di Kuching, kami menginap di Hotel Avira Gateway. Kami memilih apartmen yang mempunyai dua bilik yang lengkap dengan kemudahan mesih basuh dan dapur.
Antara lokasi yang kami lawat :
a) Tugu kucing
Kalau tak silap Bapak, terdapat tiga tugu kucing di bandar raya Kuching Selatan.
Kami bergambar tugu kucing yang terdapat di persimpangan Jalan Greebhill dan Jalan Padungan. Memang tak sah menjejakkan kaki ke Kuching tanpa berposing dengan tugu kucing sebagai bukti...hehehe..
a) menyusuri Sungai Sarawak
Ada tiga pengangkutan untuk menyusuri Sungai Sarawak iaitu kapal persiaran, teksi air dan bot penambang.
Kami memilih bot penambang, enam orang iaitu empat dewasa dan dua kanak-kanak dikenakan caj RM50.
b) Kedai kek lapis Dayang Salhah dan Mira Cake House
Ada banyak pengusaha kek lapis di Kampung Boyan dan Kampung Gersik tetapi kami terpengaruh dengan saranan di media sosial untuk memilih di dua kedai paling popular iaitu Mira Cake House dan Dayang Salhah.
c) Main Bazaar
Deretan kedai yang menjual barang cederamata untuk dibawa pulang sebagai ole-ole. Kena rajin survey kerana walaupun menjual barangan yang sama, harga berbeza mengikut kedai.
d) Pantai Damai
Terletak berhadapan Kampung Budaya Sarawak. Berlatar Gunung Santubong, pasir pantainya lebar walaupun ketika air pasang.
Dari jauh nampak sebuah kapal karam yang sengit sebelah namun masih belum dapat ditunda sehingga kini.
e) Kampung Budaya Sarawak
Dikenali sebagai muzium hidup kerana menempatkan kediaman dan memaparkan cara hidup enam suku kaum utama di Sarawak.
Lawatan berakhir dengan persembahan kebudayaan dan menikmati makanan tempatan yang disediakan di dalam bekas buluh di kafe berhampiran.
f) Masjid Jamek Negeri Sarawak
Masjid negeri Kuching yang terletak di Kuching Utara. Kami berkesempatan menunaikan solat jamak dan qasar Zuhur dan Asar di masjid ini.
g) Muzium Kucing
Ia merupakan sebuah galeri di Dewan Bandaraya Kuching Utara yang khusus tentang haiwan kucing.
Koleksinya amat lengkap dan antara galeri inisiatif PBT terbaik yang pernah Bapak lawati setakat ini. Kemasukan percuma tetapi caj membawa telefon bimbit untuk mengambil gambar dikenakan RM3.
h) Kompleks Kubah Ria
Kompeks yang menempatkan pasar basah dan kering. Kami membeli ikan terubok masin, pes bubur pedas dan laksa sarawak, sagu linut, kebaloi, beras bario, mee kolok dan lada hitam serta lada putih di sini.
i) India Street
Lokasi Orang Rumah Bapak dan mak mertua memborong kain ela bercorak pua kumbu. Katanya sebagai untuk membuat baju bagi sambutan hari raya. Lama lagi tu, tak pasti pula yang dimaksudkan Aidilfitri atau Raya (Tahun Baru) Cina...hehehe
Monday, December 22, 2014
Friday, December 19, 2014
Terjah Big Bad Wolf (BBW) di dinihari
Hujung minggu lalu, Khalish dan Ilhan mengikut Mak Ngahnya bercuti di A Famosa Resort. Tinggal Bapak dan Orang Rumah Bapak berdua sahaja di rumah.
Walaupun tak perlu berebut saluran televisyen dengan Khalish yang asyik mahu menonton cerita kartun dan Ilhan pula yang ralit menyepah barang mainan di ruang tamu, rasa sunyi pula.
Sambil menonton televisyen, Bapak pandang Orang Rumah Bapak, Orang Rumah Bapak pandang Bapak. Bosan...
Tepat pukul 11 malam, Orang Rumah Bapak memberi cadangan untuk ke Big Bad Wolf (BBW). Bapak setuju je, penghujung tahun ini, bagus juga mencari ruang untuk memenuhkan kouta rebat cukai pendapatan.
Lagipun Khalish dan Ilhan tiada, rilek sikit proses nak mencari dan memilih buku. Orang kata kecil-kecil elok dididik anak-anak itu minat dengan buku tetapi Bapak rasa tak sesuai bawa dua beradik tersebut ke pesta buku yang besar macam BBW.
Boleh lari fokus dibuatnya layan karenah mereka. Apatah lagi Bapak tak suka bawa anak-anak keluar malam-malam, kasihan mereka.. Lagipun Khalish jenis tidur awal, paling lambat pukul 10 malam dah terlentok...
Selepas memecut di Lebuh Raya SKVE dan Besraya, kami sampai di Pusat Konvensyen Mines. Bapak pegang satu raga, Orang Rumah Bapak juga pegang satu raga. Masing-masing pilih buku kesukaan sendiri dan jumpa berhampiran kaunter bayaran.
Pertama kali terjah BBW tengah-tengah malam, Bapak tengok ramai juga pengunjung. Apa nak hairan, pesta buku ni buka 24 jam. Ada juga yang kendong bayi dan seret anak-anak kecil pagi-pagi buta itu.
Sedar-sedar sudah pukul 2 pagi. Bapak tengok raga Orang Rumah Bapak penuh dengan buku tetapi kebanyakannya buku kanak-kanak lah. Sudoku kesukaannya tak dilupa .
Semata-mata nak dapatkan diskaun tambahan 5% dan beg percuma, Bapak bayar guna kad kredit Hong Leong Bank. Sambil memegang beg percuma yang bagi Bapak sekadar cukup syarat, "Minggu ini juga aku selesaikan hutang kad kredit ini...hihihi"

Thursday, December 18, 2014
Bukan warga Ipoh lagi...
Setahun merupakan tempoh yang cukup lama buat seorang blogger 'bertapa'.
Mujur 'Akulah Bapak' ini blog biasa-biasa, sekadar memaparkan kisah seorang Bapak bersama dua anak lelakinya yang semakin membesar....
Usah ditanya ke mana Bapak menghilang, bukan merajuk, jauh sekali untuk memberi alasan terlalu sibuk urusan dunia. Cuma kini Bapak ingin kembali, semoga ada yang sudi membaca.
Mungkin sukar untuk mengembalikan interaksi seperti dahulu. Apatah lagi lebih 40 rakan blogger yang pernah bermesra di alam maya lebih setahun dulu juga sudah tidak aktif lagi..
Tidak apa, kita mulakan semula langkah dengan momen dan pengalaman baru..
Ya banyak yang berubah, antaranya, Bapak bukan lagi warga Ipoh tetapi sudah kembali ke Lembah Klang sejak awal tahun ini. Mencari rezeki di Shah Alam dan menetap di Bandar Saujana Putra...