Translate

Sahabat Bapak

Monday, February 11, 2013

Cuti-cuti Manjung

Cuti Tahun Baru Cina ini, kami pergi berjalan-jalan ke daerah Manjung. Misi sebenar menjelajah Pantai Remis dan Beruas; mukim di daerah Manjung yang kurang kunjungan pelancong berbanding Lumut, Pulau Pangkor, Seri Manjung dan Sitiawan.

Tapi sebelum ke dua mukim tersebut, kami tidur semalam di Lumut. Sahaja nak kasi Khalish dan Ilhan suasana lain walaupun jarak bandar ini dengan rumah kami cuma 100 km.

a) Hotel GM Holiday
Bagi Bapak berbaloi menginap di hotel ini walaupun cuma bertaraf hotel bajet. Dengan kadar RM95 semalam untuk bilik deluxe yang mempunyai sebuah katil saiz Queen dan sebuah katil standard.

Fasiliti berada dalam keadaan baik dan lokasinya strategik di persimpangan masuk ke bandar Lumut. Siaran televisyen agak meluas dan mempunyai kemudahan wifi. Begitupun signal wifinya lemah...

b) beli hasil laut.
 Tak sah kunjungan ke Lumut kalau tak membawa pulang ikan bilis, udang kering, tenggiri jeruk dan snek makanan laut.

Tapi kena rajin survey untuk dapat harga yang berbaloi sebab ada yang jual lebih RM1 lebih murah bagi setiap 100 gram hasil laut itu berbanding kedai lain.

c) Restoran Ikan Bakar Teluk Muroh
 Restoran berada di belakang Marina Cove Resort. Makan empat beranak termasuk dua kanak-kanak kecil, tak banyak menu dipilih cuma kerapu masak masam- manis, sotong masak halia, kerang rebus, kailan ikan masin. Sup cendawan yang dipesan tak sampai-sampai...

Lokasinya mengingatkan Bapak tentang kunjungan di Teluk Tempoyak kira-kira 3 tahun lepas.

d) Pusat Pengurusan Penyu Segari
 Sepanjang perjalanan, Khalish dan Ilhan beriya- iya nak bermesra penyu yang selama ini cuma diketahui melalui buku sahaja.

Tetapi sebaik sampai, ibunya yang lebih-lebih...hehehe..Spesies penyu yang ada di sini ialah agar dan lipas. Selain itu tuntung laut turut menumpang.

e) Restoran Udang Lipan 3R Pantai Remis
 Dah lama mengidam mee udang lipan baru Bapak mendapat. Dibuka dari pukul 12 tengah hari hingga 2 pagi, kami pelanggan pertama untuk hari itu apabila sampai pada pukul 1 tengah hari.

f) borong makanan laut segar
 Mulanya agak kecewa gak, jeti nelayan Pantai Remis ditutup. (Yela raya-raya takkan nelayan Cina turun ke laut...hehe) tapi Orang Rumah Bapak mula tersenyum  perasan pejual makanan laut kecil-kecilan Melayu di Pengkalan Baharu.

Rambang mata beliau sekejap, beli macam-macam ikan dan sotong, harganya tak sampai RM25..Nasib baik Bapak sempat pantau kalau tak mahu semua diborongnya..hehe..

g) Muzium Beruas
 Tak lengkap rasanya kalu tak berkunjung ke Muzium Beruas. Sebahagian kecil sejarah kerajaan Gangga Negara dan Beruas yang agak misteri boleh diketahui di sini.

6 comments:

  1. Tuan blog sudah melintas kpg saya di Pantai Remis. Hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan haji balik kampung tak cuti tahun baru cina ni?

      Delete
    2. xpe, insyaallah ada rezeki pulang ke desa lain kali...

      Delete
  2. NZED GuestRoom | Cheap Accommodation Room in Lumut, Perak

    Enjoy PLEASANT stay experience for CHEAP accommodation room with GREAT value for money in one of the TOP locations in Lumut, Perak

    Careline: 012-5067575 @ 018-9734575
    Website: http://www.nzedguestroom.com

    ReplyDelete
  3. NZED GuestRoom | Bilik Penginapan Murah di Lumut, Perak

    Nikmati pengalaman penginapan yang MENYERONOKKAN bagi bilik penginapan MURAH dengan nilai HEBAT bagi wang di salah satu lokasi TERATAS di Lumut, Perak

    Talian Mesra: 012-5067575 @ 018-9734575
    Laman Sesawang: http://www.nzedguestroom.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails